Program Perantisan
Program Perantisan Seni bertujuan memelihara dan mengekalkan kesenian tradisional bagi melahirkan pewaris dan pelapis dalam kesenian tradisional. Perantisan Seni adalah program berbentuk latihan dan pembelajaran kemahiran atau mentor mentee bagi kesenian tradisional yang disasarkan. Program dilaksanakan mengikut komuniti asal seni, dan dibimbing oleh penggiat serta tokoh yang diperantiskan. Program ini telah menghasilkan beberapa kumpulan perantisan yang mampu berdiri sendiri dan mencapai pelbagai kejayaan dalam dan luar negara. Program Perantisan yang dilaksanakan semenjak tahun 2009 sehingga kini (2021) telah menghasilkan 83 kumpulan perantisan dan 1,848 penyertaan yang melibatkan 64 kesenian. Bagi sesi 2020 dan 2021, sebanyak 14 perantisan dilaksanakan:
BIL | NEGERI | SENI | NAMA KUMPULAN |
---|---|---|---|
1 | Terengganu | Anak Umbang | Kumpulan Perantisan Anak Umbang Terengganu |
2 | Perak | Gendang Panjang | Kumpulan Perantisan Muzik Gendang Panjang |
3 | Kelantan | Rebana Mangkuk | Kumpulan Rebana Mangkuk Sri Kemahang |
4 | Kedah | Wayang Kulit Gedek | Kumpulan Perantisan Wayang kulit Warisan |
5 | Melaka | Puisi Rejang & Rebana Keras | Kumpulan Perantisan Rejang |
6 | Pahang | Tari & Muzik Gamelan | Kumpulan Perantisan Gamelan Pertubuhan Sanggar Tunas Seni Kuantan |
7 | Pulau Pinang | Boneka Batang Besi | Kumpulan Perantisan Boneka Teochew (Teochew Puppet Opera House) |
8 | Sarawak | Gendang Burdah | Kumpulan Perantisan Gendang Burdah Sinar Budaya Sri Aman |
9 | Sabah | Kesenian Etnik Dusun Labuk – Magalai Labuk | Kumpulan Perantisan Kesenian Dusun Labuk |
10 | Perlis | Muzik Terinai | Kumpulan Perantisan Terinai Perlis |
11 | Johor | Hamdolok | Kumpulan Perantisan Hamdolok |
12 | Negeri Sembilan | Dikir Rebana | Kumpulan Perantisan Dikir Rebana Negeri Sembilan |
13 | Selangor | Gambus Selangor | Kumpulan Perantisan Gambus Brainy Bunch Islamic International School |
14 | WP Kuala Lumpur | Dhol | Kumpulan Perantisan Dhol |
Bahagian Untuk Dihubungi
Puan Naurah Daria Janiur
Cawangan Penyelidikan & Pembangunan
Bahagian Dasar Dan Penyelidikan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Tel: 03-26148200/ 8201/ 8202/ 8214/ 8261/ 8260