Umar Uzair penyair hebat

 

NAMA Umar Uzair mungkin agak asing dalam bidang seni suara tempatan.

Namun kebolehannya sebagai penyanyi yang mengangkat genre puisi meletakkan dirinya istimewa dan unik berbanding sedia ada.

Dek kerana itu, meskipun kehadirannya tidak sepopular penyanyi sedia ada, namun dia tetap mempunyai peminat yang tersendiri.

Berpeluang mewakili Malaysia pada Festival Penyair Epik Dunia 2015 di Kazakhstan bermula 3 September hingga 7 September Umar mengambil pendekatan menyampaikan syair Melayu, zapin dan joget pada program itu.

"Saya harap dapat memperkenalkan kehebatan genre pilihan kepada semua yang terlibat," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli berkata, pemilihan peserta pertandingan berdasarkan kebolehan membacakan puisi, bergiat aktif dalam Industri Seni Puisi (Dalam Negara dan Luar Negara) dan tergolong di dalam Generasi Y.

"Apa yang kami lihat Umar menepati kriteria-kriteria tersebut. Kerana itu, kami sebulat suara memilih dia mewakili Malaysia

Author: 
Marina Sahabudin
Akhbar: 
Media Hiburan
Publish date: 
Wednesday, September 9, 2015
Kemas kini terakhir: 15 August 2018, 11:19am
Facebook JKKN Instagram JKKN Youtube JKKN Twitter JKKN RSS JKKN