Syafinaz jayakan Konsert Koir Kebangsaan November ini

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bakal menganjurkan Konsert Koir Kebangsaan Malaysia: Kembara Muzikal Teater & Filem pada 23 dan 24 November ini

Menariknya, konsert kali ini menggabungkan artis jemputan bersama Koir Kebangsaan Malaysia berpadu suara di atas satu pentas yang sama dan turut menampilkan lagu-lagu daripada teater muzikal dan filem popular.

Antara artis yang akan ditampilkan termasuklah Syafinaz Selamat, Rosnan Rahman, Memento dan Vox Aurora.

Tiket untuk menyaksikan konsert tersebut berharga RM30 dan diskaun sebanyak 50 peratus kepada pelajar boleh didapati dengan melayari laman web www.ticket2u.biz. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131025/hi_05/Syafinaz-jayakan-Konsert-Koir-Kebangsaan-November-ini#ixzz2jGNlnH6g
© Utusan Melayu (M) Bhd

Akhbar: 
Utusan Malaysia
Publish date: 
Friday, October 25, 2013