Syafinaz Bakal Jayakan Konsert November ini!

Syafinaz Bakal Jayakan Konsert November ini!

10/28/2013

Penyanyi, Syafinaz Selamat  sekali lagi bakal menjayakan Konsert Koir Kebangsaan Malaysia: Kembara Muzikal Teater & Filem pada 23 dan 24 November 2013.



Menariknya, konsert anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ini bakal menggabungkan artis seperti Rosnan Rahman, Momento dan Vox Aurora.



Mereka akan berpadu suara bersama Koir Kebangsaan Malaysia untuk menampilkan lagu-lagu daripada teater muzikal dan filem popular.



Menurut Syafinaz, terdapat kelainan pada konsert kali ini dan sebanyak 19 buah lagu yang telah pun dipilih.



“Konsert kali kini melibatkan 19 buah lagu beserta satu lagu medley yang telah dipilih melalui lagu-lagu teater dan filem popular.



“Antaranya seperti ‘Ombak Rindu’, ‘Asmaradana’, ‘Puncak Tertinggi’ dan banyak lagi.  Selain itu, ada kelainan pada konsert tersebut dimana sewaktu persembahan pembukaan akan melibatkan muzik traditional Mak Yong.” ujarnya ketika ditemui pada majlis minum petang bersama Syafinaz baru-baru ini.



Syafinaz memberitahu bahawa persembahan koir kali ini tidak terlalu berat dan berharap agar penonton yang hadir akan terhibur dengan lagu yang dipilih.



Tiket-tiket tersebut berharga RM30 dan diskaun sebanyak 50 peratus akan diberikan kepada pelajar. Tiket boleh didapati di laman sesawang www.ticket2u.biz.

Akhbar: 
astrogempak.com.my
Publish date: 
Monday, October 28, 2013