Sepak Bulu Ayam

Sepak bulu ayam adalah sejenis permainan menyepak bola bulu ayam yang dibuat sendiri.  Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain mengawal dan menimbang bola bulu ayam seberapa lama yang mungkin supaya bola itu tidak jatuh ke tanah. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki yang berumur lingkungan umur sepuluh hingga tujuh belas tahun.

Jumlah pemain bagi permainan ini adalah dua orang dan lebih dan dimainkan dikawasan yang lapang. Alatan bagi permainan ini ialah bulu ayam buatan sendiri. Bulu ayam ini dibuat dengan menggunakan empat helai bulu ayam yang lembut yang diikat di tengah kertas tebal atau pada kepingan getah.