Seni warisan topeng dapat sambutan

Festival Topeng Antarabangsa Malaysia bakal mengisi kalendar tahunan

 
 
TIMBALAN Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan Datuk Abdul Ghaffar A. Thambi (dua dari kiri) bersama Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli bergambar sebelum majlis perlepasan peserta Festival Topeng Antarabangsa Malaysia di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sini, hari ini.utusan/FARIZ RUSADIO
 
 
 
 
 

Sebagai contoh penganjuran Festival Topeng seperti The Masks of the Carnival of Venice (Itali), Mask at the Melanesian Festival (Australia) dan Massakara Festival Bacolod City ( Filipina).

Penggunaan topeng wujud dalam banyak budaya masyarakat di dunia yang menampilkan fungsi dan identiti masing-masing. Dalam masyarakat di negara ini sendiri terdapat juga seni bertopeng daripada etnik Orang Asli Mah Meri dari Pulau Carey, Selangor.

Penganjuran buat julung kali festival seumpamanya di negara ini baru-baru ini menunjukkan penerimaan positif masyarakat.

Ini dibuktikan apabila suasana malam di Esplanade, KLCC di sini meriah dan penuh warna -warni dengan kemunculan pelbagai jenis pengguna topeng lengkap mengenakan kostum menari mengikut alunan muzik sempena Festival Topeng Antarabangsa Malaysia 2015.

Perarakan yang bermula dari MaTiC di Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan P Ramlee dan berakhir di Suria KLCC itu menambah kemeriahan hari kedua festival yang disempurnakan pelancarannya oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli.

Pengarah Bahagian Penyeli­dikan dan Pembangunan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Salmiyah Ahmad ketika ditemui Utusan Malaysia berkata, penganjuran program tersebut mampu menonjolkan bakat serta mempamerkan keunikan seni ukiran sesebuah topeng.

Katanya, sempena festival itu juga pameran topeng sedunia bagi mengetengahkan kepada orang ramai khususnya pelancong asing berhubung seni warisan topeng di negara ini turut diadakan.

“Bagi mengangkat seni warisan ini di mata dunia, penganjur bercadang menjadikan ia sebagai acara tahunan,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/seni-warisan-topeng...

Author: 
Harian Metro
Akhbar: 
Mohd Fauzi Suhaimi
Publish date: 
Saturday, August 22, 2015
Kemas kini terakhir: 25 May 2018, 08:26am
Facebook JKKN Instagram JKKN Youtube JKKN Twitter JKKN RSS JKKN