Program Perantisan

Kelab Kesenian Jabatan (KKJ)

Individu lepasan sekolah yang berminat untuk belajar atau berlatih tarian tradisional adalah dialu-alukan untuk menyertai Kelab Kesenian Jabatan (KKJ) di pejabat-pejabat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) negeri yang terdekat dengan tempat tinggalnya. 

Untuk maklumat lanjut, boleh datang terus ke pejabat JKKN negeri atau telefon terlebih dahulu.

Alamat dan maklumat hubungan pejabat JKKN negeri boleh anda dapatkan dengan klik ke pautan ini.

Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN)

Terdapat Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) yang ditempatkan oleh JKKN di sekolah-sekolah di seluruh di negara di mana individu-individu yang masih bersekolah memperoleh peluang untuk mempelajari dan berlatih teater, tari, muzik dan kompang.

Sekiranya sekolah pelajar tersebut tidak ditempatkan JSBN, pelajar terbabit boleh mendapatkan maklumat sekolah terdekat yang mempunyai JSBN bagi menyertai kelab seni dan budaya di sekolah tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat JKKN Negeri yang terdekat.

Alamat dan maklumat hubungan pejabat JKKN negeri boleh anda dapatkan dengan klik ke pautan ini.