Program Merakyatkan Seni Budaya

LATAR BELAKANG

Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) merupakan program di bawah seliaan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan dilaksanakan sebaik sahaja Jemaah Menteri memutuskannya pada 26 Januari 2005. PMS diadakan atas tujuan untuk mendekatkan masyarakat umum, khususnya masyarakat luar bandar dengan kegiatan seni budaya. Di samping untuk meningkatkan semarak seni, PMS juga begitu signifikan dalam memupuk nilai - nilai murni dan semangat kerjasama di kalangan masyarakat. Kekuatan untuk merealisasikan program murni ini didasari atas fakta untuk memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya negara, di samping memupuk semangat kerjasama kearah meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan selaras dengan pengukuhkan jatidiri bangsa Malaysia. Penganjuran PMS juga merupakan strategi jangka panjang Kementerian untuk memupuk pembangunan industri kreatif dalam pelbagai bidang seni budaya negara melalui ransangan penglibatan maysarakat luar bandar. Kejayaan beberapa penganjuran PMS menyebabkan Kementerian bercadang menyebarluaskan program ini di seluruh Malaysia .

MATLAMAT

Memupuk nilai - nilai murni dan semangat kerjasama di kalangan masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar dalam usaha memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya negara.

KAEDAH PELAKSANAAN MENGIKUT KAWASAN & FOKUS

  1. Kawasan Komuniti Bandar
  2. Kawasan Luar Bandar
  3. Penempatan FELDA / FELCRA
  4. IPTA / IPTS
  5. Komuniti Beruniform
  6. Kawasan Putrajaya

PENGISIAN AKTIVITI

  1. Pameran dan Demonstrasi
  2. Gotong Royong & Kenduri Rakyat
  3. Persembahan Kesenian
  4. Permainan Tradisi dan Sukan Rakyat
  5. Hasil Kerja Tangan
  6. Mewarna dan Melukis
  7. Pencungkilan Bakat Kesenian Muda (Moden & Tradisi)
  8. Sistem Nilai dan Adat Istiadat
  9. Senam Seni Malaysia
  10. Pembudayaan Bahasa
  11. Penyemarakan Tradisi Islam

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Bahagian Pengembangan Seni Budaya
Tingkat 26, Menara TH Perdana,
Lot 1001, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
Tel: 03-2614 8392 / 8317
Faks: 03-2697 1067