PESTA ANGIN TIMUR PERLIS 2018 DITUNDA

​KANGAR, 7 Mac​ — Program Pesta Angin Timur Perlis 2018 yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 11 mac 2018 ,di Kampung Bangsal Lebah, Kayang akan ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ini berikutan hujan lebat yang melanda di kawasan tapak pesta semalam, telah menyebabkan kawasan tersebut dinaiki air sekaligus menjejaskan persiapan program.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Perlis, Rahmat Md Noh.

" Kita terpaksa mengambil keputusan menunda program ini, demi keselesaan pengunjung,

"Keadaan sebegini juga akan menjejaskan persiapan program serta risiko kerosakan peralatan pameran, gerai jualan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, program ini tetap akan dilaksanakan pada tarikh dan tempat yang akan dimaklumkan kelak," Katanya ketika ditemui semasa lawatan tempat tapak pesta.

Hadir bersama , Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Dato Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan dan Exco Kerajaan Negeri Perlis, Dato Abdul Jamil Saad.

Program Pesta Angin Timur Perlis, merupakan acara tahunan yang dikelolakan oleh JKKN Negeri Perlis dengan kerjasama Kerajaan Negeri, juga termasuk dalam kalendar pelancongan Negeri Perlis.

​TAMAT​

Add new comment

Plain text

  • No HTML tags allowed.
  • Web page addresses and e-mail addresses turn into links automatically.
  • Lines and paragraphs break automatically.
Image CAPTCHA