Perutusan KP

kpjkkn.jpg

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 

Alhamdulilah kita bersyukur ke hadrat Allah swt kerana Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) salah satu Jabatan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) berjaya menghasilkan laman web sendiri setelah JKKN diwujudkan. Laman ini menjadi wadah perkongsian maklumat dan ilmu dalam menjayakan program dan aktiviti yang dilaksanakan.

 

Hakikatnya, JKKN ini telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program dalam mempertingkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan seni dan budaya dalam kehidupan. Ia merupakan pembangunan mental dan spiritual secara harmoni dalam usaha mewujudkan masyarakat yang mengamalkan budi bahasa dan nilai-nilai murni selain daripada memupuk semangat Perpaduan kaum ke arah gagasan 1Malaysia. Program-program dan aktiviti-aktiviti ilmu ini dapat dikembangkan lagi melalui perkembangan teknologi dan sistem komunikasi yang canggih seperti mewujudkan laman web sendiri.

 

Perlu ditegaskan kita hendaklah menjadi pengguna yang bijak serta mengamalkan jatidiri yang jitu dalam menelaah atau melayari maklumat dalam arus perdana langit tanpa sempadan. Memang terlalu banyak cabaran kemajuan teknologi maklumat ini tetapi jika kita memperkukuhkan amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni insyaAllah segalanya selamat ke arah kemajuan dan kejayaan masa hadapan.

 

Saya berharap semoga dengan kewujudan laman yang serba lengkap dan indah ini akan menjadikan JKKN mencapai kejayaan ke taraf terunggul yang cemerlang dan gemilang.

 

Apapun syabas kepada semua warga JKKN kerana telah banyak berjaya melaksanakan pelbagai program dan aktiviti JKKN dan KPK.

TAN SRI NORLIZA ROFLI
Ketua Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara