Persembahan Kadhambari di Matic 26 April ini

Persembahan Kadhambari di Matic 26 April ini

KUALA LUMPUR 21 April - Kumpulan Unique Arts Culture Heritage Foundation Negeri Sembilan bakal menampilkan persembahan yang diberi nama ‘Kadhambari’ di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) pada 26 dan 27 April ini.

Menurut kenyataan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di laman web rasminya, program yang akan berlangsung pada pukul 8.30 malam itu bertemakan Perpaduan Melalui Seni Budaya.

“Orang ramai yang berminat untuk menonton persembahan berkenaan boleh mendapatkan tiket dengan harga yang berpatutan iaitu RM 20 bagi tempat biasa manakala RM50 untuk VVIP.

“Selain itu, pihak kami akan memberi diskaun sebanyak 50 peratus kepada pelajar, warga emas dan orang kurang upaya,” menurut laman web tersebut.

Untuk mendapatkan tiket, orang ramai boleh menghubungi talian 018-3565363 (Unique) atau 03-26148200 (JKKN). - UTUSAN ONLINE

Akhbar: 
Utusan Online
Publish date: 
Monday, April 22, 2019

Add new comment

Plain text

  • No HTML tags allowed.
  • Web page addresses and e-mail addresses turn into links automatically.
  • Lines and paragraphs break automatically.
Image CAPTCHA