Permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM)

PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) BIDANG SENI BUDAYA - TARI, TEATER, MUZIK

APAKAH SKM-PPT?
Pengiktirafan kepada penggiat industri seni budaya secara rasmi bagi kepakaran dan kemahiran yang dimiliki berdasarkan pengalaman dan kerja-kerja yang pernah dilakukan dengan penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia. Kaedah Penilaian melalui Pembangunan Portfolio (tempoh dua bulan) dengan mengemukakan bukti-bukti ketrampilan berdasarkan National Occupational Skills Standard (NOSS) bidang tari, teater dan muzik.

FAEDAH

  1. Persijilan Kemahiran yang diiktiraf oleh industri di Malaysia;
  2. Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik;
  3. Persijilan Kemahiran Malaysia melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.
  4. Peluang bagi lantikan sebagai Pegawai Penilai (PP-PPT) bidang seni budaya berdasarkan kelayakan tahap oleh JPK

SYARAT ASAS PERMOHONAN

  1. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
  2. Sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman dalam bidang seni budaya (Tari/Teater/Muzik);
  3. Permohonan daftar NOSS  dalam bidang seni budaya (Tari/Teater/Muzik).

KLIK PAUTAN DIBAWAH UNTUK MEMOHON:

PERHATIAN: PERMOHONAN ADALAH TERHAD KEPADA 50 ORANG PENGGIAT INDUSTRI SENI BUDAYA (BIDANG TARI, TEATER DAN MUZIK) SAHAJA.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 30 APRIL 2019

 

 

Add new comment

Plain text

  • No HTML tags allowed.
  • Web page addresses and e-mail addresses turn into links automatically.
  • Lines and paragraphs break automatically.
Image CAPTCHA