Perayaan Deepavali

Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu yang dirayakan pada bulan gelap bernama ‘aippasi’ pada setiap bulan Oktober dan November.

Deepavali yang bermaksud ‘sebarisan pelita’ dan dengan memasang pelita, penganut Hindu percaya bahawa kecerahan akan mengatasi kegelapan, kebaikan akan mengatasi kejahatan, keadilan akan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan akan mengatasi kejahilan.

Semasa sambutan Deepavali, penganut agama Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi sebelum melakukan upacara bersembahyang samada di rumah atau di kuil-kuil.

Kunjung mengunjungi ke rumah kaum keluarga akan dilakukan selepas selesai bersembahyang. Kebiasaannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi gula dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Dikebanyakan rumah masyarakat hindu akan dihiasi dengan ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni bagi menyambut tetamu.