OBJEKTIF JABATAN
- Mengekal dan mengembangkan kebudayaan dan kesenian.
- Memperbanyakkan aktiviti seni budaya ke segenap lapisan masyarakat.
- Menyebarkan maklumat seni budaya kepada orang awam dalam dan luar negara.
- Menyediakan kemudahan prasarana seni dan budaya yang kondusif dan khidmat nasihat kepada masyarakat Malaysia.
- Meningkatkan pembangunan produk seni budaya ke arah gagasan 1Malaysia.
FUNGSI JABATAN
- Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan produk seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya.
- Membina jaringan kerjasama dengan pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
- Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
- Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara.
- Meningkatkan keberkesanan peranan JKKN melalui 14 JKKN negeri.