Alat Muzik

Cak Lempong

Alat melodi dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ianya diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk mendiskripsikan jenis ensemblenya. Mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan. Kini kesenian muzik Cak Lempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi.

Alu Bunyi

Merupakan sebuah alunan irama muzik yang dilahirkan melalui kegiatan menumbuk padi. Dalam kesenian tersebut alat Lesong yang diperbuat daripada kayu digunakan sebagai induk dan 'alu' sebagai alat untuk 'menumbuk' yang bertindak sebagai sound initiator iaitu alat perintis kepada unsur bunyi yang dilahirkan oleh alat lesong berkenaan.

Kempul

Kempul berperanan sebagai alat kolotomik dalam rangkaian Gamelan di Malaysia yang berhubung dengan genre Gamelan Melayu. Ianya merupakan satu penambahan barn daripada yang sedia ada.

Disiplin asal yang hanya terdiri daripada alat-alat seperti Bonang/Keromong, Gambang kayu, Saron Barung, Saron Demung, Kenong, sebiji Gendang Dua Muka serta Gong Agung dan Gong Suwukan, tetapi mampu untuk menghasilkan suatu fizikal muzik yang dinamis bagi memenuhi keperluan tarinya.

Angklung

Alat idiofon yang digoyang. Ianya diperbuat daripada pipa ataupun tabung buluh yang terpilih. Sebuah Angklung lazimnya terdiri dari dua hingga empat tabung yang diikat pada 'rumahnya' yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung untuk melodi dilaras dalam jarak ataupun jeda satu oktaf di antara satu sama lain dan bagi Angklung pengiring iaitu accompaniment, ianya perlu dilaras mengikut kaedah 'trinada' (Tonic Triad) iaitu Do, Mi, So sama ada dalam mode Major ataupun Minor.

Beduk

Beduk adalah Gendang satu muka yang berbentuk memanjang iaitu elongated. Peranannya dalam budaya masyarakat Melayu khususnya di Nusantara adalah bersifat non-musical. Malah ianya merupakan sebagai instrument untuk mengesakan perintah Allah s.w.t. Digunakan di surau ataupun masjid di kampung-kampung bagi menandakan masuknya waktu untuk bersolat.

Ianya dipukul dengan pemukul kayu dalam pola rithme yang beransur cepat iaitu accelerando.