Konsert Koir Kebangsaan November Ini

Konsert Koir Kebangsaan November Ini
koir
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang akan menganjurkan Konsert Koir Kebangsaan Malaysia Kembara Muzikal Teater dan Filem (A Musical Journey of Theatre & Film), di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 23 dan 24 November ini.
 
Konsert ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan beberapa konsert oleh Koir Kebangsaan yang dilaksanakan oleh JKKN sejak 2005 seperti konsert Dir.. Koir Kebangsaan Malaysia (2012), Konsert No Wrong Notes (2011), Konsert Music Makers (2010) dan Konsert In Love With Peace (Cintakan Kedamaian).
 
Menjanjikan kelainan, konsert ini turut menampilkan teater tradisional mak yong melalui lagu Menghadap Rebab dengan penampilan khas Rosnan Rahman dan Syafinaz Selamat, sebagai pembuka panggung.  
 
Turut menampilkan 19 produksi teater dan filem tanah air dengan lebih 20 lagu, program ini merupakan satu lagi usaha JKKN dalam menyemarakkan industri seni suara.
 
Program yang turut menampilkan Memento dan Vox Aurora ini juga merupakan sebahagian dari platform untuk bakat muda mengembangkan sayap mereka ke peringkat yang lebih global dan selaras perkembangan arus muzik semasa tanpa meminggirkan keaslian kumpulan koir itu sendiri.

 

Akhbar: 
Media Hiburan Online
Publish date: 
Friday, November 1, 2013
Kemas kini terakhir: 24 May 2020, 12:45am
Facebook JKKN Instagram JKKN Youtube JKKN Twitter JKKN RSS JKKN