Kenali tradisi Pahang di Pesta Chenor pada 25 April ini

Kenali tradisi Pahang di Pesta Chenor pada 25 April ini

KUALA LUMPUR 14 April. - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan Pesta Chenor Pahang di Pekan Lama Chenor, Pahang selama empat hari bermula 25 April ini.

JKKN dalam kenyataan di laman web rasminya memberitahu, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang pesta itu berlangsung.

“Antara aktiviti tersebut adalah kampung bazar yang mempamer pelbagai kuih dan makanan tradisi Pahang selain sukan rakyat serta acara air negeri itu.

“Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan pesta tersebut,” menurut laman web itu.- UTUSAN ONLINE

Author: 
Roskhoirah Yahya
Akhbar: 
Utusan Online
Publish date: 
Sunday, April 14, 2019

Add new comment

Plain text

  • No HTML tags allowed.
  • Web page addresses and e-mail addresses turn into links automatically.
  • Lines and paragraphs break automatically.
Image CAPTCHA