Jurulatih Seni Budaya Negara

 

Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) merupakan pendokong utama kepada pelaksanaan Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB) anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2004. Mereka memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat untuk menyemarak pelbagai aktiviti seni dan budaya terutamanya dalam bidang tari, teater, muzik, silat, seni berbahasa dan juga gasing. Mereka juga merupakan jurulatih yang mahir dan cemerlang dalam bidang masing - masing yang mampu memberi impak besar dalam mengukuh serta mengekal seni budaya warisan negara. 

Dalam pelaksanaan transformasi Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB), penerbitan Direktori Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) merupakan inisiatif JKKN untuk mempromosi dan mengembangkan khidmat JSBN ini ke seluruh negara. Sehingga kini sebanyak 1,982 orang JSBN telah dihasilkan dan 514 orang JSBN masih aktif menjalankan aktiviti. Justeru, melalui usaha ini, jumlah JSBN yang aktif dapat dimaksimumkan dan seterusnya dapat memberi mereka peluang kepada mereka untuk meningkatkan kerjaya mereka ke tahap yang lebih tinggi dan berwibawa dalam bidangnya. 

Untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai JSBN dan direktori jurulatih, sila muat turun fail PDF di bawah: