JKKN Selangor

 

En. Ghazali Bidin
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor

Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor
Lot 22.2, Tingkat 22, Wisma MBSA
Persiaran Perbandaran
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03- 5510 2664 / 2791
Faks : 03-5510 2839

 

Latarbelakang
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah ditubuhkan secara rasminya pada 15 Mac 2005 melalui Waran Perjawatan Bil. S/20 bertarikh 22 Mac 2005. Bagaimanapun kewujudan JKKN sebenarnya bermula pada tahun 1953 lagi di mana pada masa itu ianya merupakan satu bahagian di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat yang dipanggil Bahagian Hal Ehwal Kebudayaan. Fungsi bahagian ini pada masa itu adalah menyelaras hal ehwal kebudayaan bagi mengisi kegiatan belia. 

Pada tahun 1964, Bahagian Hal Ehwal Kebudayaan ini diletakkan di bawah Kementerian Penerangan dan Penyiaran. Pada tahun 1972 pula, ianya diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KBS) dengan gelaran bahagian bertukar menjadi Bahagian Kebudayaan. 

Pada bulan Mei 1987, kerajaan menubuhkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan iaitu hasil gabungan Bahagian Kebudayaan daripada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan Pelancongan Malaysia, iaitu agensi di bawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Pada 22 Oktober 1990, Kementerian ini kemudiannya diberi nama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan sejajar dengan kepentingan peranan serta fungsinya pada masa itu.

Pembentukan Kabinet baru oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 27 Mac 2004 telah meletakkan Bahagian Kebudayaan sebagai sebahagian daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA). Bermula pada tahun 2004 juga lah kertas cadangan penubuhan sebuah jabatan bagi kebudayaan telah diusahakan oleh Bahagian Kebudayaan untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. 

Pada Mac tahun 2005, melalui Waran Perjawatan Bil. S/20, Bahagian Kebudayaan telah diluluskan untuk dinaik taraf menjadi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Melalui Waran Perjawatan Bil. S40 yang bertarikh 1 Februari 2007 pula, pengwujudan satu lagi bahagian baru di JKKN iaitu Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan bagi membolehkan JKKN berfungsi dengan lebih baik dalam urusan perancangan dan penyelidikan seni dan budaya. 

Pada 18 Mac 2008, JKKN dipindah naungan dan diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KPKKW). Pada bulan April 2009, JKKN bernaung pula dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Selama empat tahun dibawah KPKK, pada 16 Mei 2013, JKKN berpindah lagi dan diletakkan semula di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sehingga sekarang.

 

Fungsi/Peranan

  • Merancang, Melaksana Dan Menyelaras Aktiviti Seni, Budaya Dan Warisan.
  • Memelihara Dan Memulihara Warisan Negara.
  • Menyemarak Dan Mengukuhkan Seni Budaya.
  • Meningkatkan Kefahaman Dan Penyertaan Rakyat.
  • Menjalankan Penyelidikan Dan Pembangunan Dalam Seni, Budaya Dan Warisan.
  • Menyebarkan Maklumat, Bahan Dan Informasi Budaya.
  • Memberi Bimbingan Khidmat Nasihat.
  • Mewujudkan Jaringan Dua Hala Dengan Pertubuhan Kebudayaan.

 

Perkhidmatan

  • Pusat Sumber
  • Program Perantisan
  • Senarai / Pendaftaran BBK
  • Bimbingan Seni
  • Kumpulan Kesenian Jabatan JKKN Selangor

 

Aktiviti Yang dijalankan

  • Festival Nasi Ambeng
  • Program Bimbingan Seni
  • Persembahan Berkala

 

Kemudahan

  • Tandas
  • Tempat Letak Kereta Berbayar
  • Surau

 

Tempat-tempat berhampiran

  • Masjid Negeri Shah Alam
  • Plaza Alam Sentral Shah Alam
  • Plaza SACC Mall Shah Alam
  • Maybank Berhad Cawangan Shah Alam, Bank Islam, CiMB & Affin Bank
  • Muzium Shah Alam (PADAT)
  • Pejabat Tourism Selangor
  • Pejabat Kerajaan Negeri Selangor 

 

Pengangkutan

  • Pengunjung luar boleh menggunakan bas (selangor ku) apabila datang ke shah alam dengan menaiki kereta api tanah melayu (ktm), yang di mana stesen kereta api itu terletak di sekyen 19, bus (selangor ku) ada mempunyai stesen bus berhenti di laluan berhampiran wisma (mbsa) dan para pengunjung boleh menaiki bus berkenaan sehingga ke sekyen 7 shah alam, di mana ianya merupakan pusat komersial shah alam. Untuk makluman, di negeri selangor bus (selangor ku) ini tidak mengenakan sebarang kadar bayaran, dan ianya “percuma” bagi semua golongan masyarakat yang ada di dalam negeri selangor darul ehsan.

 

Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor

                                                  Bangunan Pejabat