JKKN Sarawak

mutalib_perak.jpg

Encik Abdul Mutalib b. Abdul Rahman
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sarawak
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93000, Kuching, Sarawak

Telefon : 082-422 006 / 423 106
Faks : 082-244 394

 

Latarbelakang
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak(JKKN Sarawak), yang lebih dikenali sebagai sebuah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti seni dan budaya di negeri Sarawak. Penubuhan jabatan ini adalah untuk memupuk rasa cinta kepada aktiviti seni dan budaya oleh masyarakat di negeri Sarawak dengan penganjuran aktiviti-aktiviti di lokasi yang terpilih dan memastikan penglibatan penyertaan masyarakat pelbagai kaum.

Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di peringkat antarabangsa. 

Namun demikian pelaksanaan dasar ini adalah suatu proses yang rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja menghapuskan perbezaan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

Fungsi / Peranan

  • Pelaksanaan matlamat dan strategi ‘Dasar Kebudayaan Negara’
  • Menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan
  • Mengimplementasikan ‘Dasar Kebudayaan Negara’ melalui pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa
  • Mengembangkan kebudayaan dan kesenian melalui usaha memupuk, membimbing, merakyat dan menyemarakkan seni budaya.
  • Menggalak dan meluaskan promosi seni budaya ke peringkat yang lebih tinggi. 
  • Mempromosikan negeri Sarawak sebagai destinasi pelancongan domestik dan antarabangsa
  • Menggalakkan budaya pelancongan di kalangan penduduk tempatan, dan meningkatkan pengiktirafan pelancongan sebagai alat yang berkesan dan cekap ke arah pembangunan sosio-ekonomi rakyat Malaysia
  • Menghasilkan penerbitan yang berkaitan dengan seni dan budaya untuk rujukan dan penyebaran warisan budaya kepada masyarakat dalam usaha untuk meningkatkan penghayatan dan pengetahuan mereka
  • Melaksanakan pelbagai aktiviti dan program dalam mempertingkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan seni dan budaya dalam kehidupan

 

Aktiviti yang dijalankan

  • Persembahan kesenian
  • Pemasaran produk seni tempatan
  • Memberi khidmat nasihat kepada pertubuhan-pertubuhan kebudayaan tempatan