JKKN Perlis

Encik Rahmat bin Hj. Md Noh
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis

Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis
Telefon :04-979 3600/3604
Faks : 04-977 0117

 

Latarbelakang

Pada awalnya, pembangunan kebudayaan Negeri Perlis ditadbirkan melalui Ketua Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Wilayah Utara di Tingkat Bawah Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah. Ketika itu, ianya di bawah Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan.

Pejabat Kebudayaan dan Kesenian mula diwujudkan di Negeri Perlis pada Mac 1993 sejajar dengan perkembangan dan fungsi pejabat yang lebih luas bagi mencapai pembangunan negara yang seimbang dalam aspek pembangunan fizikal dan spiritual. Pejabat mula beroperasi di Tingkat 10, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, Kangar dengan keluasan 143.58.m.p.      

Setelah bangunan Persekutuan baru, Persiaran Jubli Emas siap, Jabatan Perdana Menteri telah memperuntukkan ruang Pejabat Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Perlis di Tingkat 8, dengan keluasan 91.36.m.p. tanpa bayaran sewa, kemudahan air dan elektrik percuma dan dibekalkan dengan peralatan dan perabot yang dipohon dan mula beroperasi pada 15 Disember 1997.

Di pejabat baru ini turut disediakan kemudahan bilik pengarah, bilik pegawai, bilik sumber, bilik kostium dan ruang menunggu.       

Kompleks JKKN Perlis yang dahulunya lebih dikenali dengan Taman Budaya Negeri Perlis mula dibina pada bulan Disember 1999 dan siap pada April 2001 dengan nilai RM7,638,229.00. Keluasan tanah adalah seluas 1.7787 hektar yang menempatkan 2 blok bangunan iaitu blok Auditorium dan blok pentadbiran. Kapasiti tempat duduk auditorium boleh memuatkan seramai 400 orang.

Kini, Pejabat Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Perlis yang dikenali Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Perlis ditempatkan di Kompleks JKKN Perlis yang terletak di Persiaran Wawasan, Kangar dan mula diduduki pada Mei 2001 sehingga sekarang.

 

Fungsi/Peranan

  • Merancang, melaksana, menyelaras dan menyemarakkan aktiviti kebudayaan dan kesenian di peringkat negeri dan daerah
  • Melaksana dan menyelaras aktiviti keilmuan dan aktiviti pembangunan kebudayaan dan kesenian
  • Mengembangkan dan membangunkan aktiviti seni budaya melalui usaha memupuk, membimbing merakyat dan menyemarakkan seni budaya.
  • Merancang dan menyelaras pusat sumber dan mengumpul serta mengemaskini maklumat di dalam bidang kebudayaan dan kesenian termasuk inventori bahan, tokoh-tokoh, Badan Bukan Kerajaan di peringkat negeri dan daerah.
  • Menggalak dan menyebarluaskan maklumat seni budaya melalui pelbagai bentuk promosi.
  • Merancang dan melaksana aktiviti bagi pengukuhan Badan Bukan Kerajaan (BBK)
  • Memberi kerjasama dan khidmat nasihat kepada Kerajaan Negeri dan agensi-agensi yang berkaitan di dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan kebudayaan dan kesenian.
  • Menyelaras, merancang, menyelidik, dan membangunkan produk industri kreatif;
  • Mempergiatkan usaha mengekal dan memulihara seni budaya. 

 

Perkhidmatan

Pusat Sumber Seni Budaya

  • Menyediakan ruang yang menempatkan bahan-bahan rujukan seperti buku, majalah, laporan dan cd/vcd untuk panduan dan rujukan pelajar, pengkaji budaya, pencinta seni dan orang awam.

Kejurulatihan

  • Jabatan mempunyai 2 orang Artis Budaya/ Jurulatih dalam Bidang Tari dan Bidang Teater.  Khidmat jurulatih ini boleh dipohon bagi mengajar dalam bidang masing-masing.

 

Aktiviti yang dijalankan

  • Persembahan berkala ( persembahan kesenian tarian & muzik )
  • Senam Seni ( bersenam beramai-ramai )
  • Bengkel / kelas lakon @ teater, tarian, muzik

 

Kemudahan

  • Auditorium 
  • Pentas terbuka/ laman seni (di bawah auditorium ).
  • Bilik Seminar.
  • Studio Lakon / Tari / Muzik.
  • Galeri Seni Budaya 
  • Pusat Sumber Seni Budaya.
  • Surau lelaki / wanita.
  • Tandas Awam.
  • Tempat letak kereta / motorsikal.

Tempat-tempat berhampiran :

  • Taman Rekreasi Bunga Kertas.
  • Taman Rekreasi Bukit Lagi.
  • Dataran Selera Rimba Alam Gua Bukit Sami.
  • Hotel Seri Malaysia.
  • Dewan 2020 (dewan orang ramai ).
  • Stesen Minyak Petronas.
  • Pusat latihan memandu.
  • Kompleks Jabatan Pertahanan Awam Negeri Perlis.
  • Kompleks Kementerian Dalam Negeri.
  • Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.

 

Pengangkutan

  • Pengunjung boleh menggunakan pengangkutan awam dengan menaiki bas My Bas dan menaiki teksi dari Terminal Bas dan Teksi dengan kadar tambang sekitar RM 10.00 – RM12.00

 

Kompleks JKKN Perlis

                                                        BLOK PENTADBIRAN

                                                    BLOK AUDITORIUM

                                                       BILIK MESYUARAT

                                                       BILIK SEMINAR

                                                           STUDIO TARI

studio

                                                     STUDIO MUZIK

                                                          LAMAN SENI

                                                  GELANGGANG GASING