Dayang Kartini binti Awang Bujang
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pahang


Kompleks JKKN Pahang
Lot 57100, Jalan Teluk Sisek,
25000, Kuantan,
Pahang Darul Makmur

Telefon : 09-517 8466
Faks : 09-517 9466

Latar Belakang

Kompleks JKKN Pahang yang dahulunya lebih dikenali dengan Taman Budaya Negeri Pahang. Siap dibina pada tahun 1994 dengan kos sebanyak RM2.897 Juta. dan berkeluasan seluas 8097m/persegi(2 ekar) yang menempatkan 3 Blok Bangunan iaitu blok Auditorium dan Pentadbiran (Bilik Pengarah, Bilik Pegawai, Lobi), Blok Studio/Bilik Mesyuarat dan Perpustakaan dan Blok Kantin. Kapasiti tempat duduk dalam Auditorium boleh memuatkan seramai 220 orang dalam satu masa.

Kini, Pejabat Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Pahang dikenali sebagai Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Pahang dan ditempatkan di Kompleks JKKN Pahang, bersebelahan dengan Hotel Seri Malaysia Kuantan dan Dewan MAKSAK yang terletak di Jalan Teluk Sisek, Kuantan. 

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya;
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan dengan pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara;
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya;
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara; DAN
  • Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri.

Pusat Sumber Seni Budaya

  • JKKN Pahang menyediakan ruang bagi menempatkan bahan-bahan rujukan seperti buku, majalah, laporan dan cd/vcd untuk panduan dan rujukan pelajar, pengkaji budaya, pencinta seni dan orang awam.

Pentas Bergerak

  • Ia bersaiz 30kaki x 40kaki jika dibuka untuk dijadikan pentas. Ia boleh dimohon untuk kegunaan mengikut kesesuaian tempat dan program.

Kejurulatihan

  • JKKN Pahang mempunyai 2 orang Artis Budaya/Jurulatih dalam Bidang Seni Tari. Khidmat jurulatih ini boleh dipohon bagi mengajar mengikut kelapangan dan kesesuaian.
  • Persembahan Berkala (Tarian, Puis, Pantun, Teater, Lagu Rakyat)
  • Senam Seni
  • Bengkel (Lakonan, Muzik, Tarian, Seni Berbahasa)
  • Latihan Berjadual (KK JKKN, KBSC, Silat,) 
  • Auditorium / Green Skrin
  • Pentas Terbuka
  • Pentas Bergerak (Lori) 
  • Bilik Mesyuarat (30 orang satu masa)
  • Bilik Seminar (30 orang satu masa) 
  • Studio Lakon & Tari 
  • Galeri Seni Budaya
  • Pusat Sumber Seni Budaya.
  • Surau Lelaki & Wanita.
  • Tandas Awam (2 unit di bangunan studio, 2 unit di bangunan pentadbiran)
  • Tempat Letak Kereta / Motorsikal.
  • Masjid Negeri Pahang
  • Taman Kerang (Padang MBK)
  • Dewan MAKSAK (Badminton, Kenduri Kahwin, dll)
  • Hotel Seri Malaysia
  • Hotel Vistana
  • Hotel Grand Darulmakmur
  • Hotel Grand Continental
  • Stesen Minyak (Shell, BHP & Caltex)
  • Balai Polis
  • Pejabat Pos Besar Kuantan
  • Pasaraya Berjaya Megamall
  • Kedai Dobi
  • Kedai 7eleven
  • Kedai Makan (Pelbagai)
  • Pengunjung boleh menggunakan pengangkutan awam (bas, teksi & grab) dari Terminal Bandar Kuantan sekitar 1km sahaja ke Kompleks JKKN Pahang dengan kadar tertentu.