JKKN Negeri Sembilan

En. Mohd Radzi Omar

En. Mohd Radzi Omar
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan

Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-767 6793/763 6308
Faks : 06-763 4417

 

Latarbelakang
Sebelum Jabatan ini beroperasi di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKN NS), Pejabat pada awalnya dahulu terletak di Tingkat 5, Wisma Persekutuan pada tahun 1995 kemudian berpindah ke Bangunan Wisma Arab Malaysian di Jalan Tuanku Munawir pada tahun 1998 sebelum beroperasi sepenuhnya di bangunan sendiri iaitu di Kompleks JKKN Negeri Sembilan pada tahun 2005. 

JKKN Negeri Sembilan kini di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) terletak di Jalan Sungai Ujong, Seremban bersebelahan dengan Bangunan Lembaga Muzium Negeri Sembilan. 

Reka bentuk kompleks ini diilhamkan daripada konsep dan ciri-ciri rumah Tradisional Minangkabau yang mempunyai banyak bucu-bucu di setiap hujung bumbung rumah tersebut.  Struktur tangannya daripada rumah tradisi Melayu dan menerapkan motif beranda rumah tradisional masyarakat Melayu.

Fungsi / Peranan

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan produk seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya.
  • Membina jaringan kerjasama dengan pemain industri seni budaya, agensi kerajaan, swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya. 
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancongan dalam dan luar negara.
  • Meningkatkan keberkesanan peranan JKKN melalui 14 JKKN Negeri. 

 

Perkhidmatan

  • Pusat Sumber Seni Budaya untuk rujukan
  • Jualan bahan-bahan terbitan JKKN (Buku dan CD Seni Budaya)
  • Galeri Seni
  • Senarai dan pendaftaran Badan Bukan Kerajaan
  • Maklumat Kumpulan kesenian Jabatan (KKJ)
  • Skim Bimbingan Seni Budaya
  • Khidmat nasihat berkaitan seni dan budaya

 

Aktiviti yang dijalankan
Persembahan Berkala “Serlahan Seni”

  • Persembahan hujung minggu KKJ dengan susunan persembahan tarian asal negeri dan negeri lain
  • Mac-November, 4 kali sebulan, Setiap Sabtu, 2.00-4.00 petang
  • Kompleks JKKN NS ( 2 kali ), Kompleks Membeli Belah Seremban Prima (1 kali) Kompleks Membeli Belah Mydin Seremban 2 (1 kali)

Jom Belajar Seni Budaya

  • Kelas belajar seni budaya dalam bidang tari,muzik, teater,lukisan dan bahasa secara percuma untuk semua golongan masyarakat
  • Mac-November, 4 kali sebulan, Setiap Sabtu, 9.00 pagi-12.00 tengahari
  • Kompleks JKKN NS

Jualan Bahan-Bahan Terbitan JKKN

  • Buku-buku dan CD-CD berkaitan seni dan budaya terbitan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Galeri Seni Budaya

  • Pusat Rujukan sumber maklumat  dan pengumpulan  koleksi seni budaya.
  • Boleh dikunjungi pada bila-bila masa waktu bekerja

Kemudahan

  • Auditorium D’Sury
  • Audiotorium Raja Melewar
  • Dewan Seminar Za’ba
  • Studio Tari 
  • Studio Muzik - Rakaman
  • Laman Santai
  • Surau 
  • Tandas / Tandas OKU
  • Tempat letak kereta
  • Bilik Mesyuarat
  • Ruang serbaguna Auditorium D’Sury
  • Gelanggang Gasing

 

Tempat - tampat berhampiran

  • Muzium Negeri Sembilan
  • KPJ Seremban Specialist Hospital

Pengangkutan

  • Pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti  Teksi dari Stesen Teksi Bandar, Jalan Sungai Ujong,bas henti-henti dari Terminal 1 ke Seremban 2 melalui laluan T54 dan komuter di Stesen Keretapi Jalan Tuanku Antah, Seremban. 

 

Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan

                                                       Blok Pentadbiran

                                                       Auditorium D'Sury

                                                       Ruang Auditorium D'Sury

                                                       Ruang Auditorium Raja Melewar

                                                       Studio Muzik

                                                       Studio Tari