JKKN Melaka

Pengarah JKKN Melaka

En. Zulkarnain Ramly 

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka

Lebuh Ayer Keroh,

Hang Tuah Jaya,

75450, Melaka
Telefon : 06-233 1787 / 233 1790
Faks : 06-233 1784

 

Latar Belakang

Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,(JKKN)  Melaka yang dahulunya dikenali sebagai Taman Budaya Negeri Melaka telah mula dibina pada bulan Jun 2003 dan telah siap dibina pada bulan Disember 2004 diatas tanah berukuran 9.0 ekar di atas sebahagian  Lot 12332 Mukim Bukit katil, Daerah Melaka Tengah, Melaka. Kompleks JKKN Melaka ini terletak 1 Km dari Plaza tol Ayer Keroh dan bersebelahan dengan Hotel Seri Malaysia.

Matlamat pembinaan Kompleks JKKN Melaka adalah untuk dijadikan sebagai pusat aktiviti kebudayaan Negeri Melaka dan pusat rujukan kebudayaan dan kesenian tempatan. Pembinaanya adalah untuk membantu penggiat / karyawan Seni Budaya serta masyarakat setempat bersama- sama menyemarakkan seni dan budaya di Negeri Melaka.

Fungsi / Peranan

  • Merancang, melaksana, menyelaras dan menyemarakkan aktiviti kebudayaan dan kesenian di peringkat negeri dan daerah.
  • Melaksana dan menyelaras aktiviti keilmuan dan aktiviti pembangunan kebudayaan dan kesenian.
  • Mengembangkan dan membangunkan aktiviti seni budaya melalui usaha memupuk, membimbing merakyat dan menyemarakkan seni budaya.
  • Merancang dan menyelaras pusat sumber dan mengumpul serta mengemaskini maklumat di dalam bidang kebudayaan dan kesenian termasuk inventori bahan, tokoh-tokoh, Badan Bukan Kerajaan di peringkat negeri dan daerah.
  • Menggalak dan menyebarluaskan maklumat seni budaya melalui pelbagai bentuk promosi.
  • Merancang dan melaksana aktiviti bagi pengukuhan Badan Bukan Kerajaan (BBK)
  • Memberi kerjasama dan khidmat nasihat kepada Kerajaan Negeri dan agensi-agensi yang berkaitan di dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan kebudayaan dan kesenian.
  • Menyelaras, merancang, menyelidik,dan membangunkan produk industri kreatif;
  • Mempergiatkan usaha mengekal dan memulihara seni budaya. 

Perkhidmatan

  • Sewaan ruang:-  Auditorium, Bilik Seminar dan Studio Latihan
  • Persembahan kesenian oleh Kumpulan kesenian jabatan
  • Khidmat kejurulatihan dalam bidang tari dan teater
  • Pusat sumber
  • Khidmat nasihat berkaitan seni dan budaya

Aktiviti Yang Dijalankan

  • Festival Tari Negeri
  • Program Merakyatkan  Seni Dan Budaya
  • Program Bimbingan Seni Dan Budaya
  • Persembahan Berjadual
  • Serlahan Budi
  • Sukarelawan Budaya
  • Bazar Seni 2016
  • Makmal Inovasi Dan Usahawan Produk Seni Dan Budaya
  • Mentor Dan Mentee

Kemudahan.

  • Auditorium 
  • Pentas terbuka/ laman seni
  • Bilik Seminar.
  • Studio Lakon / Tari / Muzik.
  • Galeri Seni Budaya 
  • Pusat Sumber
  • Bilik Mesyuarat Tun Perak
  • Bilik Mesyuarat Tun Kudu
  • Surau lelaki / wanita.
  • Tempat letak kereta / motorsikal

Tempat-Tempat Yang Berhampiran

  • Hotel Seri Malaysia
  • Puteri Resort
  • Kompleks Kraftangan
  • Mydin Mitc
  • Zoo Melaka 
  • Taman Burung
  • Taman Botanikal
  • Taman Buaya
  • Melaka Wonderland
  • Taman Mini Malaysia dan Mini Asean

Pengangkutan

Para pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan bas yang bernombor 1B MS-Tampin di Melaka Sentral dengan harga tiket RM 2.50, selain daripada itu para pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi di Melaka Sentral dengan harga Rm 30.00.

Kompleks JKKN Melaka

                                                                 Blok Pentadbiran

  

                                                                 Bilik Mesyuarat Tun Perak

                                                                Auditorium Panggung Sari

                                                                Pusat Sumber

                                                                BilikSeminar

                                                                Studio Tari

                                                                Anjung Seri

                                                                Gelanggang Gasing

                                                                Lanai Seni