JKKN Kelantan

En. Che Kassim Bin Mahmud
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan

Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan
Lot 1993, Seksyen 49,Tanjong Chat,
15200, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim
Telefon : 09-741 7000
Faks : 09-741 7004

Latarbelakang

Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan merupakan infrastruktur bagi aktiviti seni budaya. Pembinaanya adalah untuk membantu penggiat / karyawan Seni Budaya serta masyarakat setempat bersama- sama rakyat bagi menyemarakkan seni dan budaya di Negeri Kelantan. Ia berfungsi bagi mencapai objektif secara teratur, teracang dan selaras dengan Gagasan 1Malaysia.

Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan telah mula dibina pada tanggal 14 September 2006 dan telah siap dibina sepenuhnya pada 19 Mei 2010 diatas tanah berukuran 6.6 ekar di Lot 1993, Seksyen 49 Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan. Terletak 2 Km dari Pusat Pandar Kota Bharu dan berhadapan dengan taman rekreasi dan riadah Taman Perbandaran  Tengku Anis, Kota Bharu.

Pembinaan Kompleks ini adalah melalui peruntukan Rancangan Malaysia ke-9 dan merupakan Kompleks Jabatan Kebudayaan  dan Kesenian Negara yang ke-10 yang dibina di bawah penyeliaan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada ketika itu.

Dengan terbina kompleks yang tersergam indah, terbesar dan tercanggih di negara ini, ianya membuktikan kepada rakyat bahawa pihak kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini malah sentiasa diberi keutamaan dan prasarana ini adalah sokongan ke arah industri pelancongan berasaskan seni budaya.

 

Fungsi / Peranan

  • Merancang,menyelaras, melaksana dan menyemarakkan aktiviti kebudayaan dan kesenian seluruh Negara (14 JKKN Negeri).
  • Merancang dan menyebar luas informasi seni budaya yang berautoritatif.
  • Menyelaras, merancang, menyelidik dan membangunkan produk industri kreatif.
  • Meningkatkan jaringan kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan dalam dan luar negara.Memberi khidmat nasihat dan kepakaran dalam bidang seni dan budaya.
  • Menyediakan asuhan, bimbingan dan latihan dalam bidang seni dan budaya.

 

Perkhidmatan
Galeri Seni

  • Galeri Seni JKKN Kelantan telah diwujudkan pada tahun 2015 dan telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Norliza Rofli, Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) pada 12 Jun 2015. Galeri ini terletak ditingkat bawah Blok Pentadbiran JKKN. Pelbagai maklumat  berkaitan kesenian tradisional Negeri Kelantan dipamerkan seperti Mak Yong, Menora, Wayang Kulit, Gasing, dan peralatan muzik tradisional Negeri Kelantan seperti Kertuk dan Rebana Ubi. 

Pusat Sumber

  • Pusat Sumber JKKN Kelantan merupakan pusat rujukan maklumat seni budaya yang menyokong keperluan penyelidikan bagi kakitangan pejabat dan negeri-negeri, penyelidik seni budaya, pelajar IPTA dan IPTS, pelajar sekolah serta orang perseorangan. Pusat Sumber ini mempunyai bahan-bahan terbitan JKKN dan daripada terbitan luar dalam bentuk buku, CD, VCD, majalah, risalah, laporan dan bahan kajian/penyelidikan. Pusat Sumber ini boleh dikunjungi pada setiap hari Ahad-Khamis mulai jam 8.30 pagi – 4.00 petang. 

Kumpulan Kesenian JKKN Kelantan dan Kumpulan Mak Yong Kijang Emas.

  • Kumpulan Kesenian JKKN Kelantan telah ditubuhkan pada 2011 setelah penubuhan Kumpulan Kesenian jabatan di semua negeri diwujudkan pada tahun 2011. Kumpulan ini diserap daripada Kumpulan Mak Yong Kijang Emas yang telah bermula sejak tahun 2005 dibawah bimbingan Program Perantisan Mak Yong JKKN Kelantan. Kumpulan ini terdiri daripada 20 orang Artis Budaya tari dan muzik bertaraf kontrak. Kumpulan ini berkebolehan mengadakan persembahan Mak Yong, pelbagai tarian, muzik dan sering diundang mengadakan persembahan kesenian termasuk mengadakan promosi pelancongan melalui seni budaya samada di dalam negeri dan luar negara.

 

Aktikviti yang dijalankan

 

  • Festival Tari Negeri
  • Program Merakyatkan Seni dan Budaya
  • Program Bimbingan Seni Budaya (Sek. Rendah & Sek. Menengah)
  • Persembahan Berjadual “ de’ Pentas”
  • Serlahan Budi
  • Sukarelawan Budaya
  • Program Perantisan  : Menora
  • Bazar Seni 2016
  • Makmal Inovasi & Usahawan produk Seni Budaya
  • Program Jom Belajar
  • Kelas bimbingan

 

Kemudahan

  • Blok Pentadbiran
  • Bilik Mesyuarat Utama
  • Bilik Seminar
  • Bilik Tetamu
  • Surau
  • Tandas
  • Studio Tari
  • Studio Teater
  • Studio Muzik
  • Pentas Terbuka
  • Auditorium
  • Pentas Procenium 
  • Ruang tempat letak kenderaan

 

Tempat- tempat berhampiran

  • Pusat Bandar Kota Bharu
  • Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
  • Taman Perbandaran Tengku Anis

 

Pengangkutan

  • Para pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan seperti kereta, Bas Awam, Teksi/Kereta Sewa dari Pusat Bandar ke Kompleks JKKN dengan kadar tambang sekitar RM1.40- RM15.00

 

Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan

                                                                Pintu Utama

                                                                 Blok Pentadbiran

                                                                Perpustakaan

                                                                Surau

                                                                Bilik Mesyuarat Utama

                                                               Bilik Seminar

                                                                Blok Auditarium

                                                                Ruang Auditarium

                      

                                                                Galeri Seni Budaya