JKKN Kedah

mutalib_perak.jpg

Encik Abdul Mutalib b. Abdul Rahman
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah

Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah
Lot PTD 400, Pumpong
05250 Alor Setar , Kedah
Telefon : 04 – 731 5930
Faks : 04 - 7338128

Latarbelakang

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah ditubuhkan pada 16 Mei 1964, setelah 23 tahun beroperasi kementerian ini telah mengalami perubahan portfolio dan dipecahkan menjadi kepada dua kementerian yang berasingan iaitu Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan pada 20 Mei 1987.

Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah Darul Aman telah ditubuhkan pada 20 Mei 1987 dan ia menjadi sebuah pusat pentadbiran Wilayah Utara Kebudayaan yang meliputi kawasan Negeri Kedah Darul Aman, Negeri Perlis dan Negeri Pulau Pinang yang dikenali sebagai Pusat Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Wilayah Utara.

Perubahan portfolio dalam Kementerian telah mendatangkan beberapa perubahan ke atas Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah Darul Aman. Akhirnya pada 1 Januari 1996, Taman Seni Budaya Negeri yang dikenali sebagai Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah Darul Aman telah diwujudkan iaitu yang beralamat Lot PTD 400, Pumpong, 05250 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Penubuhan Taman Seni Budaya Negeri Kedah telah mendapat ilham dari Taman Budaya Seni Negeri Johor supaya boleh dijadikan sebagai sebuah Pusat Kegiatan Kebudayaan dan Seni Kreatif yang merangkumi bidang seni kanak-kanak, Seni Teater, Seni Tari, Seni Lukis, Seni Kraf dan lain-lain seni serta Kegiatan Intelektual Di  Negeri Kedah.

Kini, Taman Seni Budaya Negeri Kedah lebih dikenali sebagai Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah yang menempatkan 2 blok bangunan iaitu Blok Auditorium dan Blok Pentadbiran.  Kemudahan yang disediakan terbuka untuk kegunaan  agensi kerajaan dan swasta serta NGO’s Budaya tempatan bagi pendekatan kearah pemuliharaan, pendedahan, pembangunan, perkembangan, pendidikan dan penggalakan kebudayaan dan kesenian di Negeri Kedah. Prasarana yang disediakan adalah Auditorium berkapasiti tempat duduk seramai 260 orang, Pentas Terbuka, Bilik Mesyuarat, Pusat Sumber serta Galeri Seni dan lain-lain kemudahan.

 

Fungsi / Peranan

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan produk seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik dan promosi seni budaya.
  • Membina jaringan kerjasama dengan pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara. 
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara.
  • Meningkatkan keberkesanan peranan JKKN melalui 14 JKKN Negeri. 

 

Perkhidmatan

   Pusat Sumber Seni Budaya

  •  Menyediakan ruang yang menempatkan bahan-bahan rujukan seperti buku, majalah, laporan dan CD/VCD untuk panduan dan rujukan para pengkaji budaya, pencinta seni dan orang awam.
  • Menjual bahan bacaan bercetak seperti buku-buku seni dan budaya serta CD/DVD untuk dijadikan sebagai rujukan ilmu serta koleksi peribadi para pembeli

   Galeri Seni Budaya

  • Mempamerkan Aktiviti persembahan kebudayaan tempatan seperti Busana Mek Mulong, Peralatan Persembahan Mek Mulong, Peralatan Persembahan Mak Yong Kedah, Peralatan Persembahan Wayang Gedek dan Peralatan Permainan Tradisional Negeri Kedah.

    Kejurulatihan

  • Jabatan ini mempunyai 2 orang Artis Budaya / Jurulatih dalam bidang Tari dan Bidang Teater. Khidmat jurulatih ini boleh dipohon mengikut bidang yang diperlukan.
  • Agensi luar boleh memohon untuk mendapatkan perkhidmatan persembahan kebudayaan Kumpulan Kesenian Jabatan mengikut terma-terma yang telah ditetapkan.

 

Aktiviti ynag dijalankan

  • Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS)
  • Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB)
  • Persembahan Berjadual (persembahan kesenian tarian, teater dan muzik)
  • Senam Seni
  • Bengkel / Kelas Lakon @ teater, tarian, muzik
  • Bazar Seni

 

Kemudahan

  • Auditorium
  • Pentas Terbuka
  • Pentas Bergerak
  • Bilik Seminar
  • Studio Lakon / Tari / Muzik
  • Galeri Seni Budaya
  • Pusat Sumber Seni Budaya
  • Surau Lelaki / Wanita
  • Tandas Awam
  • Ruang Letak Kereta / Motosikal

 

Tempat-tempat yang berhampiran : 

  • Istana Anak Bukit
  • Menara Alor Setar
  • Pekan Rabu
  • Dataran Darul Aman
  • Wisma Darul Aman
  • Aman Central Mall
  • Stesen Minyak Petron
  • Kedah Medical Central
  • Royal Kedah Golf Club
  • Restoran Bunga Naga

 

Pengangkutan

  • Pengunjung boleh menggunakan pengangkutan awam dengan menaiki bas dan menaiki teksi dari Terminal Bas dan Teksi Shahab dengan tambang sekitar RM 2.00 – RM 25.00

 

Kompleks JKKN Kedah

  

                                                                  Pintu Masuk Utama

                                                                BLOK PENTADBIRAN

                                                                 BLOK AUDITORIUM

                                                            RUANG DALAM AUDITORIUM      

                                                                BILIK MESYUARAT UTAMA

                                                                    PENTAS TERBUKA

                                                                   PENTAS BERGERAK

                                                                        SURAU LELAKI DAN PEREMPUAN