Sabarina binti Masadi
Pengarah

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah

Kompleks JKKN Kedah
Lot PTD 400, Pumpong
05250 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN

Telefon : 04 - 731 5930
Faks : 04 - 733 8128

Latarbelakang

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah ditubuhkan pada 16 Mei 1964, setelah 23 tahun beroperasi kementerian ini telah mengalami perubahan portfolio dan dipecahkan menjadi kepada dua kementerian yang berasingan iaitu Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan pada 20 Mei 1987.

Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah Darul Aman telah ditubuhkan pada 20 Mei 1987 dan ia menjadi sebuah Pusat Pentadbiran Wilayah Utara Kebudayaan yang meliputi kawasan Negeri Kedah Darul Aman, Negeri Perlis dan Negeri Pulau Pinang yang dikenali sebagai Pusat Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Wilayah Utara.

Perubahan portfolio dalam Kementerian telah mendatangkan beberapa perubahan ke atas Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah Darul Aman. Akhirnya pada 1 Januari 1996, Taman Budaya Negeri yang dikenali sebagai Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah Darul Aman telah diwujudkan iaitu yang beralamat Lot PTD 400, Pumpong, 05250 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Penubuhan Taman Budaya Negeri Kedah telah mendapat ilham dari Taman Budaya Seni Negeri Johor supaya boleh dijadikan sebagai sebuah Pusat Kegiatan Kebudayaan dan Seni Kreatif yang merangkumi bidang seni kanak-kanak, Seni Teater, Seni Tari, Seni Lukis, Seni Kraf dan lain-lain seni serta kegiatan intelektual di Negeri Kedah.

Kini, Taman Budaya Negeri Kedah lebih dikenali sebagai Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah yang menempatkan 2 blok bangunan iaitu Blok Auditorium dan Blok Pentadbiran. Kemudahan yang disediakan terbuka untuk kegunaan agensi kerajaan dan swasta serta NGO Budaya tempatan bagi pendekatan ke arah pemuliharaan, pendedahan, pembangunan, perkembangan, pendidikan dan penggalakan kebudayaan dan kesenian di Negeri Kedah. Prasarana yang disediakan adalah Auditorium berkapasiti tempat duduk seramai dua ratus enam puluh (260) orang, Pentas Terbuka, Bilik Mesyuarat, Pusat Sumber serta Galeri Seni dan lain-lain kemudahan.

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik dan promosi seni budaya.
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan antara pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara.
  • Mengoptimkan fungsi organisasi JKKN Negeri. 

Pusat Sumber Seni Budaya

  • Menyediakan ruang yang menempatkan bahan-bahan rujukan seperti buku, majalah, laporan dan CD/VCD untuk panduan dan rujukan para pengkaji budaya, pencinta seni dan orang awam.
  • Menjual bahan bacaan bercetak seperti buku-buku seni dan budaya serta CD/DVD untuk dijadikan sebagai rujukan ilmu serta koleksi peribadi para pembeli.

Galeri Seni Budaya

  • Mempamerkan aktiviti persembahan kebudayaan tempatan seperti Busana Mek Mulong, Peralatan Persembahan Mek Mulong, Peralatan Persembahan Mak Yong Kedah, Peralatan Persembahan Wayang Gedek dan Peralatan Permainan Tradisional Negeri Kedah.

Kejurulatihan

  • Jabatan ini mempunyai Dua (2) orang Artis Budaya / Jurulatih dalam bidang Tari dan Bidang Teater. Khidmat jurulatih ini boleh dipohon mengikut bidang yang diperlukan.
  • Agensi luar boleh memohon untuk mendapatkan perkhidmatan persembahan kebudayaan Kumpulan Kesenian Jabatan mengikut terma-terma yang telah ditetapkan.
  • Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB)
  • Persembahan Berjadual (persembahan kesenian tarian, teater dan muzik)
  • Senam Seni
  • Bengkel / Kelas Lakon atau teater, tarian, muzik
  • Bazar Seni 
  • Auditorium
  • Pentas Terbuka
  • Pentas Bergerak
  • Bilik Seminar
  • Studio Lakon / Tari / Muzik
  • Galeri Seni Budaya
  • Pusat Sumber Seni Budaya
  • Surau Lelaki / Wanita
  • Tandas Awam
  • Ruang Letak Kereta / Motosikal 
  • Istana Anak Bukit
  • Menara Alor Setar 
  • Pekan Rabu
  • Dataran Darul Aman
  • Wisma Darul Aman
  • Aman Central Mall 
  • Stesen Minyak Petron
  • Kedah Medical Central 
  • Royal Kedah Golf Club
  • Restoran Bunga Naga 
  • Pengunjung boleh menggunakan pengangkutan awam dengan menaiki bas dan menaiki teksi dari Terminal Bas dan Teksi Shahab dengan tambang sekitar RM 2.00 – RM 25.00

Kemudahan / Fasiliti JKKN Kedah

Blok Pentadbiran

Pintu Masuk

Blok Auditorium

Ruang Auditorium

Pentas Terbuka

Pentas Bergerak

Surau Lelaki & Perempuan