Insentif Seni JKKN 2020

INSENTIF SENI JKKN

Insentif Seni JKKN merupakan penjenamaan beberapa bentuk bantuan dan perkhidmatan sedia ada yang disediakan oleh JKKN kepada Badan Bukan Kerajaan (BBK) seni budaya dan penggiat seni budaya bagi menambah upaya mereka untuk melaksanakan program dan aktiviti berkaitan seni budaya.

JKKN menawarkan lima (5) insentif kepada BBK dan penggiat seni di dalam membangunkan dan mengembangkan seni budaya. Berikut adalah insentif-insentif yang ditawarkan;
  i. Insentif Seni Kewangan
  ii. Insentif Seni Ruang
  iii. Insentif Seni Kepakaran
  iv. Insentif Seni Promosi
  v. Memudahcara Bantuan Pihak Lain

OBJEKTIF

  i. Menggalakkan pembangunan kandungan tempatan dan produk seni budaya;
  ii. Menggalakkan penghasilan karya dan produk seni yang berkos rendah tetapi berimpak tinggi;
  iii. Membangunkan bakat dan meningkatkan kemahiran dalam bidang seni budaya; 
  iv. Menjadikan kompleks JKKN sebagai pusat sehenti program dan aktiviti seni budaya;
  v. Memperkasakan BBK dan penggiat seni melalui khidmat nasihat dan tunjuk ajar;
  vi. Membantu menghebahkan program dan aktiviti seni budaya anjuran BBK dan penggiat seni; dan
  vii. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat mengenai seni dan budaya.

      * Badan Bukan Kerajaan (BBK) = Non-Government Organisation (NGO)

1. Insentif Seni Kewangan

      1.1 Bantuan kewangan berupa duit benih (seed money) untuk menampung sebahagian kos program dan aktiviti.
      1.2 Had maksima pemberian bantuan adalah sebanyak RM15,000.00 sahaja.
      1.3 Permohonan hanya terbuka kepada Badan Bukan Kerajaan (BBK) yang Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengikut Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966 atau berdaftar dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974. 
      1.4 Berikut adalah skop program dan aktiviti yang akan dipertimbangkan untuk bantuan;
            1.4.1 Pembangunan Kandungan 
            1.4.2 Pembangunan Kapasiti dan Sidang Keilmuan 
            1.4.3 Penyelidikan dan Pembangunan Seni Budaya 
            1.4.4 Pembangunan Modal Insan Seni 
            1.4.5 Program Jangkauan (outreach) 
      1.5 Permohonan bagi Insentif Kewangan JKKN dibuka pada 1 Mei 2020 sehingga   1 Oktober 2020. Mesyuarat Jawatankuasa Insentif Seni-Kewangan JKKN diadakan tiga (3) kali setahun bagi menilai dan meluluskan permohonan daripada BBK.
      1.6 Bagi maklumat lanjut, pemohon boleh memuat turun Garis Panduan, Borang dan Senarai Semak Insentif Seni-Kewangan di bawah.

2. Insentif Seni Ruang

      2.1 Insentif seni ruang berupa kebenaran penggunaan ruang di kompleks JKKN oleh penggiat seni dan BBK seni budaya bagi pelaksanaan program dan aktiviti seni budaya secara kerjasama.
      2.2 Bentuk program dan aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah;
            2.2.1 persembahan dan pertandingan berkaitan seni budaya; 
            2.2.2 program keilmuan berkaitan seni budaya;
            2.2.3 bengkel seni budaya; dan
            2.2.4 pertemuan dan mesyuarat oleh BBK seni budaya.
      2.3 Bagi maklumat lanjut, pemohon boleh memuat turun Garis Panduan Permohonan Insentif Seni Ruang di bawah

3. Insentif Seni Kepakaran

      3.1 Insentif berupa khidmat nasihat, tunjuk ajar dan panduan oleh pegawai JKKN dan artis budaya yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang seni budaya kepada penggiat seni dan BBK seni budaya.
      3.2 Bidang-bidang seni dan budaya yang akan dibantu ialah;
            3.2.1 Teater
                  •Pengarahan
                  •Sinografi
                  •Lakon
                  •Pembuatan Props dan Set
            3.2.2 Tari
                  •Koreografi
                  •Tata Rias
                  •Pembuatan/ Pemakaian Busana
            3.2.3 Muzik
                  •Komposisi
                  •Alat Muzik
                  •Vokal
            3.2.4 Teknikal
                  •Sistem Bunyi
                  •Sistem Pencahayaan
                  •Pereka
            3.2.5 Pengurusan dan Acara
                  •Produksi
                  •Pengurusan Pentas
                  •Pengurusan Acara
                  •Kewangan
                  •Kertas Kerja
            3.2.6 Penyelidikan
                  • Maklumat Seni Budaya
                  • Metodologi
                  • Pemetaan Budaya
                  • Pemudahcara

      3.3 Cara Memohon:
            3.3.1 Pemohon menghantar surat rasmi ke Ketua Pengarah JKKN atau Pengarah JKKN negeri bagi mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran daripada pegawai atau artis budaya JKKN. Tajuk surat, “PERMOHONAN BAGI KHIDMAT NASIHAT DAN KEPAKARAN (NAMA PROGRAM/PERKARA) MELALUI INSENTIF SENI-KEPAKARAN”
            3.3.2 Pemohon juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran daripada pegawai atau artis budaya JKKN secara terus dengan menghubungi terus pegawai atau artis budaya yang dikehendaki.
            3.3.3 Pegawai atau artis budaya JKKN yang dihubungi terus oleh pemohon perlu memaklumkan kepada Ketua Pengarah atau Pengarah JKKN negeri / Bahagian mengenai khidmat nasihat yang telah dan akan diberikan.

4. Insentif Seni Promosi

      4.4 Insentif berupa bantuan untuk menghebahkan dan mempromosikan produk dan program seni budaya penggiat seni, BBK dan syarikat seni melalui medium digital dan media sosial JKKN.
      4.5 Pegawai Unit Komunikasi Korporat JKKN juga menyediakan khidmat nasihat dan panduan bagi cara-cara dan kaedah bagi mempromosikan program/aktiviti, cara-cara pelaksanaan sidang media dan temubual di TV & Radio.
      4.6 Cara-cara memohon:
            4.6.1 Pemohon perlu menghantar surat permohonan kepada Ketua Pengarah JKKN atau Pengarah, JKKN Negeri. Tajuk surat, “PERMOHONAN BAGI MEMBANTU MEMPROMOSIKAN (NAMA PROGRAM/AKTIVTI) MELALUI INSENTIF SENI-PROMOSI JKKN”
            4.6.2 Pemohon perlu menyertakan kertas kerja program dan salinan lembut (softcopy) bahan promosi seperti poster program.
            4.6.3 Pengarah JKKN Negeri atau Pengarah Bahagian di ibu pejabat akan membuat ulasan, syor dan sokongan bagi semua permohonan insentif promosi. 
            4.6.4 Bahan promosi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah JKKN akan disiarkan di laman web dan media sosial JKKN sehingga program selesai.

5. Memudahcara Bantuan Pihak Lain

      5.1 JKKN juga menyediakan khidmat memudahcara bantuan BBK dan penggiat seni ke pihak lain berkepentingan budaya yang menyediakan bantuan dana dan geran bagi program dan aktiviti seni dan budaya.
      5.2 Program/aktiviti yang bersesuaian dengan visi, misi dan objektif JKKN akan disokong dan dipanjangkan kepada agensi lain yang mempunyai dana bantuan.
      5.3 Cara Memohon:
            5.3.1 Pemohon perlu menghantar surat permohonan beserta kertas kerja kepada Pengarah JKKN Negeri atau Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dua (2) bulan program/aktiviti dilaksanakan; atau
            5.3.2 Pemohon yang tidak berjaya mendapatkan Insentif Kewangan akan dibantu bagi mendapatkan bantuan daripada pihak lain. (mengikut kesesuaian program dan sebab permohonan ditolak)
            5.3.3 JKKN akan memaklumkan kepada pemohon status penghantaran permohonan tersebut dan pemohon boleh berhubung terus dengan pihak berkaitan.

      5.4 Senarai pihak berkepentingan budaya (laman sesawang) yang menawarkan dana atau geran berkaitan seni dan budaya seperti contoh di bawah;
                  •http://www.mycreative.com.my/
                  •https://www.cendana.com.my/
                  •http://www.fiveartscentre.org/grants
                  •https://www.hai-o.com.my/foundation/application_form.pdf
                  •https://yayasanhasanah.org/grants/
                  •http://pkf.org/our-grants/
                  •http://www.harpofoundation.org/apply/grants-for-visual-artists/
                  •https://artadia.org/awards/howtoapply/
                  •http://www.yayasansimedarby.com/sponsorship

Bagi maklumat dan pertanyaan lanjut mengenai insentif-insentif yang ditawarkan oleh JKKN, pemohon boleh menghubungi;
Urus Setia Jawatankuasa Insentif Seni
Bahagian Pengukuhan Seni dan Budaya (PS&B)
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Aras 30, Menara TH Perdana
Lot 1001, Jalan Sultan Ismail
50250 KUALA LUMPUR
No. Telefon: 03 2614 8200 samb. 8264 / 8233 (En. Mohd. Zuhairi / 8293 (Cik Khayethtri)
No.Faks: 03 2697 1066
E-mel: psnb@jkkn.gov.my