Iftar @ Kuala Lumpur 2019 sasar 90,000 pengunjung

Iftar @ Kuala Lumpur 2019 sasar 90,000 pengunjung

KUALA LUMPUR - Program berbuka puasa beramai-ramai, Iftar @ Kuala Lumpur 2019 di Dataran Merdeka yang bermula hari ini, menyasarkan kira-kira 90,000 warga kota termasuk pelancong asing tahun ini. 

Pengarah program Iftar @ Kuala Lumpur 2019, Rosnan Nordin berkata pelaksanaan program itu telah mencatat seramai 66,839 pengunjung tahun lepas termasuk 6,882 pelancong asing yang turut sama dalam acara berkenaan.

"Tahun ini, kami optimis untuk mencapai sasaran 90,000 pengunjung melebihi tahun lepas kerana kebetulan Bazar Ramadan diadakan di sekitar Jalan Raja yang dapat menarik lebih ramai pengunjung datang untuk berbuka puasa beramai-ramai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, terdapat 15 aktiviti dilaksanakan dengan penyertaan lebih 200 sukarelawan pada Iftar @ Kuala Lumpur 2019 antaranya Tadarus al-Quran, Klinik Tahsin al-Quran, jualan melalui trak makanan, Bicara Ramadan, Pameran Pelancongan Islam dan Konsert Ramadan.

"Tahun ini, kami sediakan lebih banyak perkhidmatan bergerak seperti kaunter zakat, produk pakej umrah, kaunter ikrar derma organ, sekali gus memberikan kemudahan kepada orang ramai yang hadir.

"Melalui Iftar @ Kuala Lumpur 2019, bulan Ramadan dijadikan sebagai satu bulan yang kegiatan kerohanian dan kesenian Islam dapat disemarakkan kepada masyarakat khususnya generasi muda," katanya.

Selepas berbuka, pengunjung dijadual menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah serta dihiburkan Konsert Ramadan oleh artis-artis tempatan seperti UNIC, Nowseeheart dan Iwan Syahman. 

Iftar @ Kuala Lumpur 2019 yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan sebanyak enam kali bermula hari ini, esok, 18 dan 19 Mei, serta 25 dan 26 Mei. - Bernama

Akhbar: 
Bernama Online
Publish date: 
Saturday, May 11, 2019

Add new comment

Plain text

  • No HTML tags allowed.
  • Web page addresses and e-mail addresses turn into links automatically.
  • Lines and paragraphs break automatically.
Image CAPTCHA
Kemas kini terakhir: 23 May 2019, 10:53am
Facebook JKKN Instagram JKKN Youtube JKKN Twitter JKKN RSS JKKN