Festival Teater Bahasa Melayu berakhir Sabtu ini

Festival Teater Bahasa Melayu berakhir Sabtu ini

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan majlis penyampaian hadiah sempena Festival Teater Bahasa Melayu antara Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) 2019.

JKKN dalam kenyataannya di sini hari berkata, program dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Persatuan Kebudayaan Han Malaysia (HAN) itu akan berlangsung di Auditorium DBP, di sini pada pukul 3 petang, Sabtu ini.

“Pertandingan yang masuk tahun ketiga ini melibatkan lebih 10 buah SJKC di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Katanya, program itu bertujuan mempromosi teater sebagai satu aktiviti masa lapang yang sihat selain memupuk minat dan kemahiran pelajar dalam Bahasa Melayu.

“Majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Duta Khas Malaysia ke China, Tan Kok Wai,” katanya. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/festival-teater-bahasa-melayu-berakhir-sabtu-ini-1.916827

Author: 
Nik Hafizul Baharuddin
Akhbar: 
Utusan Online
Publish date: 
Thursday, June 13, 2019

Add new comment

Plain text

  • No HTML tags allowed.
  • Web page addresses and e-mail addresses turn into links automatically.
  • Lines and paragraphs break automatically.
Image CAPTCHA
Kemas kini terakhir: 14 October 2019, 09:23am
Facebook JKKN Instagram JKKN Youtube JKKN Twitter JKKN RSS JKKN