Festival Sayangi Lahad Datu 2019 kembali lagi

Festival Sayangi Lahad Datu 2019 kembali lagi

LAHAD DATU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menganjurkan Festival Sayangi Lahad Datu 2019 kali kedua pada 2 hingga 4 Ogos 2019 di Kompleks Sukan, Lahad Datu, Sabah. 

Festival Sayangi Lahad Datu 2019 dianjurkan bagi memartabatkan dan menyemarakkan aktiviti seni budaya masyarakat Sabah khususnya di Lahad Datu. Selain itu, festival ini juga bertujuan meningkatkan kefahaman dan apresiasi seni kepada masyarakat ke arah pembentukan sebuah bangsa yang harmoni. 

Pelbagai aktiviti menarik telah dirangka untuk festival itu.

Antaranya permainan rakyat – pertandingan sukan tradisional, pertandingan menyumpit dan Sarung Fun Run.; pencungkilan bakat – Pertandingan mewarna, pertandingan karaoke, perandingan masakan tradisional dan pertandingan battle of the band; dan persembahan khas – persembahan 7 mukim di daerah Lahad Datu, persembahan Kumpulan Kesenian JKKN Sabah dan Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang Negeri Sabah, persembahan artis tempatan dan luar dan persembahan rakyat. 

Aktiviti kesenian, iaitu persembahan sisipan NGO setempat turut diadakan.

Ia turut merangkumi jualan – food truck, produk tempatan, makanan dan minuman dan perkhidmatan, pameran dan demonstrasi oleh agensi kerajaan persekutuan dan negeri dan agensi swasta; dan 

Manakala perkhidmatan komuniti merangkumi karnival kerjaya, kaunter bergerak, jom belajar dan gotong-royong mengutip sampah.

Kemuncak festival pada kali ini ialah Malam Gala Festival Sayangi Lahad Datu pada 3 Ogos 2019, jam 7.00 malam yang bakal menampilkan artis-artis terkenal tanah air dan artis tempatan seperti Salma, Den Bisa, Tony Sayadi, Putri Nasrina, dan lain-lain.

Manakala kelainan yang bakal disajikan untuk penonton adalah jualan pelbagai produk kraftangan yang diperbuat daripada buluh, manik, parang, soft toy dan batik.

Festival Sayangi Lahad Datu 2019 ini akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Hj. Apdal. 

Kehadiran orang ramai dan para pelancong amat dialu-alukan bagi merasai kemeriahan festival ini kerana ia memberikan peluang untuk merasai keunikan budaya dan kesenian tempatan yang jarang-jarang dilihat di tempat lain. 
 

Akhbar: 
Utusan Borneo Online
Publish date: 
Saturday, July 20, 2019

Add new comment

Plain text

  • No HTML tags allowed.
  • Web page addresses and e-mail addresses turn into links automatically.
  • Lines and paragraphs break automatically.
Image CAPTCHA