Festival Muzik Asli Di JOTIC, 9 April

JOHOR BAHARU, 26 Mac (Bernama) -- Festival Muzik Asli - Program Merakyatkan Seni Budaya Khas - akan diadakan di Auditorium Pusat Penerangan Pelancongan Johor (JOTIC), 9 April ini.

Program tiga jam mulai pukul 8.30 malam itu dianjurkan Majlis Kebudayaan Johor dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Johor.

Pengarah JKKN Johor, Abdul Hamid Muhammad dalam kenyataan di sini, hari ini, berkata program itu bertujuan memartabatkan lagu-lagi Melayu Asli yang masih lagi mendapat tempat dalam kalangan peminatnya.

Bayaran masuk adalah percuma dan antara artis yang akan memeriahkan program itu ialah Haziq AF, Aspalela Abdullah, Hamidah Urip, A. Rahman Kamarudin, Azizul Hakim dan Abdul Razak Bakar.

-- BERNAMA

Akhbar: 
BERNAMA
Publish date: 
Saturday, March 26, 2016