Syafinaz jayakan Konsert Koir Kebangsaan November ini
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bakal menganjurkan Konsert Koir Kebangsaan Malaysia: Kembara Muzikal Teater & Filem pada 23 dan 24 November ini
Menariknya, konsert kali ini menggabungkan artis jemputan bersama Koir Kebangsaan Malaysia berpadu suara di atas satu pentas yang sama dan turut menampilkan lagu-lagu daripada teater muzikal dan filem popular.
Antara artis yang akan ditampilkan termasuklah Syafinaz Selamat, Rosnan Rahman, Memento dan Vox Aurora.
Undefined