Hanya majlis berunsur budaya dibenarkan di auditorium JKKN — Rais
BUKIT MERTAJAM, 1 Julai — Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan membenarkan hanya majlis berbentuk kebudayaan diadakan di auditorium atau studio Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) di seluruh negara.
Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, penganjuran majlis berunsur pemujaan atau keagamaan tidak dibenarkan kerana bercanggah dengan dasar jabatan yang mengetengahkan persembahan kesenian dan budaya sahaja.