Arkib - 2011

July 17th

20,000 kunjungi Festival Seni KL

KUALA LUMPUR 16 Julai - Hampir 20,000 pengunjung membanjiri Festival Ekspresi Seni Kuala Lumpur (KL) yang diadakan sempena Festival KL 2011 di Jalan Bukit Bintang di sini sejak pagi hingga malam ini.

 

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, sambutan kali ini amat menggalakkan kerana pengunjung termasuk pelancong asing dihidangkan dengan pelbagai acara sepanjang hari bermula dari 8 pagi hingga 12 tengah malam termasuk pertunjukkan jalanan.

 

Undefined

July 15th

Permata Seni Koir Sertai Festival Koir Kanak-Kanak Sedunia Di Vienna

KUALA LUMPUR, 15 Julai -- Amat bertuah bagi 37 anak 1Malaysia daripada pelbagai kaum yang bakal mewakili negara untuk menyertai Festival World Peace Choral (WPC) 2011, festival koir kanak-kanak sedunia, di Vienna, Austria mulai 25 sehingga 28 Julai ini.

 

Mereka yang berumur antara tujuh dan 12 tahun dipilih daripada 150 orang kanak-kanak yang diuji bakat oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan (JKKN) untuk menyertai kumpulan Permata Seni Koir.

 

Undefined

Sedar ada kepentingan

EBAGAI satu-satunya wanita dalam ONE, Mimi, 26, atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norisham, mengakui, publisiti sememangnya memainkan peranan penting bagi menentukan naik atau turun karier seseorang artis.

 

Katanya, tanpa publisiti, kerjaya seseorang penyanyi itu dipandang sepi walaupun hakikatnya dilimpahi dengan pelbagai undangan menyanyi.

 

“Saya sedar, ONE agak kurang menerima publisiti seolah-olah kami tidak aktif lagi dalam industri.

 

Undefined

July 14th

Gabungan mantap baru dan lama

SEJAK mula diperkenalkan pada 1 Julai 2005, Festival Muzik Kuala Lumpur (FMKL) tidak pernah terlepas daripada tumpuan ramai pihak khususnya pencinta muzik tempatan.

 

Diinisiatifkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Komunikasi menerusi agensinya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), FMKL tidak pernah gagal memberikan persembahan terbaik setiap tahun.

 

Seperti mana tahun-tahun sebelum ini, JKKN terus mempamerkan kecemerlangan mereka apabila menganjurkan konsert utama selama tiga malam berturut-turut sejak 1 Julai lalu.

Undefined

Rais Bakal Lancarkan GERAK 2011 Pada 20 Julai

KUALA LUMPUR, 14 -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim akan melancarkan GERAK 2011 sempena sambutan Festival Kuala Lumpur 2011 pada 20 Julai.

 

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Datuk Norliza Rofli berkata program GERAK 2011 akan diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mulai 20 Julai hingga 24 Julai ini.

 

Undefined

Pages