Lagu, filem raya makin pupus
LAGU-lagu yang bertemakan Hari Raya Aidilfitri cukup luas skopnya. Daripada cerita ketupat rendang sampailah terkenang insan tersayang diperbatasan antara yang ditonjolkan. Itu tidak termasuk kisah balik kampung dan pengalaman beraya yang mempunyai 1,001 cerita.
Kesemua itu bagi menunjukkan kemeriahan sambutan perayaan utama umat Islam. Ia juga ada kaitan dengan budaya orang Melayu yang berasal dari kampung. Penghijrahan orang Melayu ke bandar-bandar besar untuk mencari rezeki menambahkan nilai sentimental itu.