Nikmat Kemerdekaan Tidak Kekal Jika Berpecah - MB Perlis
Kangar, 17 Ogos -- Nikmat kemerdekaan tidak kekal seandainya rakyat memilih untuk berpecah - belah dan tidak menghargai keharmonian, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
Sehubungan itu, beliau berharap setiap rakyat yang cintakan negara mempertahankan perpaduan yang sedia wujud selain sentiasa menyokong kerajaan yang mentadbir negara ini.
Berucap pada majlis "Jasamu dikenang" anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Perlis malam tadi, beliau berkata sejarah membuktikan tindakan demostrasi tidak dapat menyelesaikan masalah.