Dekatkan orang muda dengan seni
MIRI 27 Mei – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak perlu menggandakan usaha untuk mendekatkan generasi muda dengan seni anyaman tangan seperti penghasilan produk daripada rotan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata, seni kraf warisan anyaman rotan kini kurang mendapat tempat di kalangan generasi muda dan ia perlu diberi perhatian serius.