Serlahkan bakat dan kreativiti anda dengan menyertai Program Pencungkilan Bakat sempena Festival Seni Hidup 2021 (Living Arts Cultural Festival 2021)

CABARAN JOGET

Hadiah wang tunai menanti anda!!!

Johan: RM3,000.00
Naib Johan: RM2,000.00
Tempat Ke-3: RM1,000.00
Tempat Ke-4: RM800.00
Tempat Ke-5: RM500.00

Sagu Hati x 5 Pemenang: RM300.00
Busana Terbaik: RM200.00
Peserta Paling Popular: RM200.00 

 

Tempoh penyertaan: 20 Ogos hingga 20 September 2021

Tarikh tutup penyertaan: 20 September 2021

Muat naik video anda ke Google Drive atau Wetransfer dan sertakan pautan di Borang Penyertaan. 

Sila imbas QR code untuk SYARAT & BORANG PENYERTAAN atau klik pautan berikut: https://forms.gle/nY1XnPi1q597iPeB9

Borang dan Syarat Penyertaan juga boleh didapati di www.jkkn.gov.my

 

SYARAT PENYERTAAN:

1. Tarikh penghantaran penyertaan CABARAN JOGET sempena Living Arts Cultural Festival 2021 bermula pada 20 Ogos 2021 hingga 20 September 2021. Penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dinilai.

2. Penyertaan adalah secara berpasangan (duo).

3. Peserta perlu menghantar video dalam format mp4 (HD 1080p (1920 x 1080-pixel resolution). 

4. Durasi persembahan tidak melebihi 5 minit.

5. Tarikh undian PESERTA POPULAR melalui undian di halaman peminat facebook Living Arts Cultural Festival akan bermula pada 25 September 2021 hingga 20 Oktober 2021. Kiraan: Like: 1 markah / Share: 2 markah (reacts dan lain-lain tidak dikira). 

6. 10 peserta akhir CABARAN JOGET akan diumumkan pada 25 Oktober 2021.

7.  Semua penyertaan perlu dikemukakan melalui google form yang disediakan.

8. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-26148200/8760 atau e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

9. Pihak penganjur BERHAK menggunakan video peserta pertandingan bagi tujuan promosi seni budaya.

10. Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Urus Setia Pertandingan di talian 03-2614 8200 / 8202 / 8214 / 8261

 

#jkkn #mysenibudaya #motac

#LACF2021 #festivalsenihidup

#pencungkilanbakat #cabaranjoget