Program MySeniBudaya
Pengenalan
Program Pelancongan Budaya (Culture Based Tourism) merupakan program teras JKKN di peringkat negeri yang mengangkat keunikan seni budaya setempat bagi tujuan memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya negara, di samping menjana ekonomi melalui seni dan budaya serta memupuk semangat kerjasama, meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan ke arah kesejahteraan rakyat Malaysia.
PEMULIHARAAN SENI BUDAYA
Program Pelancongan Budaya merupakan platform dalam memelihara seni budaya setempat untuk tatapan generasi baharu dan tarikan pelancongan seperti hadrah, jikey, mek mulung, dikir barat, wayang kulit, sukan rakyat, dan sebagainya
PENGLIBATAN GENERASI MUDA
Menggalakkan proses pengembangan dan pencungkilan bakat baru dalam bidang seni budaya seperti dikir barat, mak yong, tarian, pergendangan silat, persembahan boria dan lain-lain
Program utama negeri dan program sauh dalam merancakkan pelancongan domestik dan antarabangsa yang gemarkan pengalaman authenticâ
FOKUS KESEJAHTERAAN RAKYAT
Perkhidmatan agensi kerajaan dan swasta seperti pasar tani bergerak, pemeriksaan kesihatan, penubuhan homestay, khidmat nasihat berkaitan pinjaman perniagaan, kaunter pembayaran saman dan lain-lain
Penglibatan pelbagai agensi dalam memberi khidmat kepada masyarakat seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Kewangan, PDRM, ATM, Tourism Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Tenaga Nasional Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Lain-lain
RINGKASAN PELAKSANAAN
PROGRAM PELANCONGAN BUDAYA 2021
BIL | PROGRAM/AKTIVITI | TARIKH/MASA | TEMPAT | SINOPSIS |
---|---|---|---|---|
1 | IFTAR@KL | 16 & 17 April 2022 | Kuala Lumpur | Program ini bertujuan untuk mengimarah dan memakmurkan Ramadan sebagai bulan ibadah yang dapat membantu menyemarakkan kebudayaan dan kesenian Islam kepada pelancong tempatan dan antarabangsa. |
2 | PESTA ANGIN TIMUR PERLIS@HIBRID 2022 | 20 & 21 Mei 2022 | Perlis | Pesta Angin Timur Perlis merupakan program tahunan yang dianjurkan sejak tahun 2014 bertujuan untuk mendekatkan masyarakat umum khususnya masyarakat di bahagian utara dengan kegiatan seni budaya. Pesta Angin Timur mempunyai pendekatan yang berbeza dan unik di mana program ini dilaksanakan di dalam bendang selepas musim menuai. |
3 | FESTIVAL KESENIAN RAKYAT KELATE | 17 & 18 Jun 2022 | Kelantan | Festival Kesenian Rakyat Kelate mengetengahkan keunikan seni dan budaya tradisi masyarakat di Negeri Kelantan. Keunikan festival ini diterjemahkan melalui kepelbagaian seni budaya masyarakat di Negeri Kelantan seperti Dikir Barat, Mak Yong, Menora, muzik pergendangan, tarian dan lain-lain. |
4 | FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA | 23-25 September 2022 | Dataran Merdeka, Kuala Lumpur | Festival Permainan Malaysia merupakan sebuah program yang bertujuan untuk memartabatkan kembali permainan tradisional untuk terus dimainkan oleh seluruh rakyat Malaysia seterusnya menjadi produk untuk ditonjolkan kepada para pelancong asing. Ia secara langsung menjaga nilai seni warisan negara untuk generasi muda dengan menampilkan pelbagai jenis permainan tradisional dan moden pelbagai kaum di Malaysia. |
5 | FESTIVAL KOTA SELATAN | 15 & 16 Oktober 2022 | Melaka | Festival Permainan Malaysia merupakan sebuah program yang bertujuan untuk memartabatkan kembali permainan tradisional untuk terus dimainkan oleh seluruh rakyat Malaysia seterusnya menjadi produk untuk ditonjolkan kepada para pelancong asing. Ia secara langsung menjaga nilai seni warisan negara untuk generasi muda dengan menampilkan pelbagai jenis permainan tradisional dan moden pelbagai kaum di Malaysia. |
6 | RHYTHM OF KINABALU (ROK) | 29 & 30 Oktober 2022 | Sabah | Rhythm of Kinabalu menyemarak dan memelihara kesenian tradisi Negeri Sabah, bertujuan untuk mendekatkan masyarakat, khususnya di Sabah, dengan kegiatan seni budaya disamping memberi ruang dan peluang kepada penggiat seni dan kumpulan muzik tradisional Sabah mempersembahkan lagu-lagu karya tempatan dan lagu-lagu etnik yang berkonsepkan “World Music”. |
7 | FESTIVAL SENI HIDUP @LIVING ARTS CULTURAL FESTIVAL | 4 - 6 November 2022 | Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Kuala Lumpur | Rasakan denyutan nadi kepelbagaian kesenian dalam Festival Seni Hidup. Satu – satunya festival yang menghimpunkan kesenian yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Warisan Kebangsaan dan kesenian yang memerlukan perhatian dan kurang ditonjolkan kepada masyarakat. LACF 2022, akan dilaksanakan secara hibrid dengan pelbagai pengisian lain akan turut diadakan antaranya bengkel, pencungkilan bakat, webinar dan pameran. |
8 | FESTIVALGENDANG SARAWAK | 11-13 November 2022 | Sarawak
| Program ini menyemarak dan memelihara seni budaya disamping memaparkan keunikan Gendang Sarawak. Aktiviti seni budaya yang dizahirkan melalui festival ini juga berupaya menjadi sebahagian daripada tarikan pelancongan. Festival ini menyerlahkan pengisian seni budaya yang menarik dan unik melalui acara-acara utama dan aktiviti-aktiviti sokongan. |
Bahagian Untuk Dihubungi
Bahagian Pengembangan Seni Budaya
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 26, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel : 03-2614 8200 / 8221
No. Faks : 03-26971067
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.