Panggung Seni Tradisional (PST) merupakan medium persembahan Kesenian Tradisional Malaysia yang autentik dan klasik, dilaksanakan secara berjadual di Kuala Lumpur sejak tahun 2013 sehinggalah kini. Bermula tahun 2019 pula, pelaksanaan program ini telah disebarluaskan ke peringkat negeri melalui JKKN Negeri. Persembahan Panggung Seni Tradisional merangkumi tiga (3) genre kesenian iaitu Tari, Muzik dan Teater. Pada dasarnya, penganjuran program ini sebagai langkah pemuliharaan dan pengekalan seni warisan serta memartabatkan kesenian ini ke tahap yang lebih cemerlang. Selain itu, ia bertujuan untuk menjadikan Kuala Lumpur dan setiap negeri sebagai hab persembahan kesenian tradisional seterusnya mengangkat program ini sebagai produk pelancongan. Di samping itu, ia turut bertujuan untuk memupuk minat dan cintakan seni warisan negara dalam kalangan masyarakat serta para pelancong asing dan tempatan.

Research & Development Division
Headquarters, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Level 19, TH Perdana Tower,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2614 8200 / 8202 / 8214 / 8261 / 8260