KL Indie Music Festival suntik elemen 1Malaysia

29/06/2012 3:08am

 

KUALA LUMPUR – Penganjur ”KL Indie Music Festival 2012” berhasrat membuat kelainan dengan menyuntik elemen 1Malaysia dalam persembahan yang bakal ditampilkan pada festival muzik yang dijadual berlangsung 8 Julai ini.

"KL Indie Music Fest tahun ini mengorak langkah dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia dengan persembahan artis-artis pelbagai bangsa,” kata Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez pada sidang media mengenai penganjuran festival itu di sini semalam.

Beliau menarik perhatian bahawa kumpulan Indie sememangnya menyumbang kepada kemajuan industri muzik tempatan.

Festival anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama portal muzik 2crack.com akan berlangsung dari 3 petang hingga 10.30 malam di Laman Santai, Istana Budaya.

Acara yang menyasarkan kehadiran 5,000 penggemar muzik itu akan memuatkan aktiviti jualan album oleh barisan artis Indie selain pameran alat muzik.

Antara barisan artis yang terlibat adalah Monoloque, Republic of Brickfields, Subculture dan Phunk Mob. – BERNAMA

Akhbar: 
BERNAMA
Publish date: 
Friday, June 29, 2012