Ghazal 24 jam di Johor Bahru

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kerajaan Johor akan menganjurkan program "Sounds of Johor" yang turut melibatkan persembahan ghazal selama 24 jam untuk dicatat dalam Malaysia Book of Records.

 

 

Ketua Cawangan Komunikasi Korporat, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Ezlina Alias berkata, acara tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula esok di Taman Merdeka, Jalan Tasek Utara, Johor Bahru.

 

 

"Antara kumpulan ghazal yang mengambil bahagian ialah Sri Saujana Ghazal, Warisan Seni Ghazal, Sri Muar Ghazal dan banyak lagi.

 

 

"Oleh itu, kami menjemput orang ramai hadir kerana tiada bayaran dikenakan dan mereka yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi Cawangan Komunikasi Korporat JKKN di talian 03-20523702 ," katanya.

Akhbar: 
Utusan Malaysia
Publish date: 
Friday, October 7, 2011