Festival KL 2012 dilancar


KAMARUDDIN (tiga dari kiri) bergambar bersama barisan penaja Festival Kuala Lumpur 2012 selepas melancarkannya di Istana Budaya, Kuala Lumpur malam tadi.

 


 

KUALA LUMPUR - Festival Kuala Lumpur (KL) 2012 kembali memeriahkan ibu negara sepanjang Julai ini dengan menyajikan 82 acara kesenian dan kebudayaan.Bertemakan Di Sini Semaraknya Seni!, festival itu merupakan peluang kepada pengunjung mengenali keindahan seni budaya warisan negara di samping memperkenalkan Kuala Lumpur ke peringkat antarabangsa.Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, kerjasama antara sektor awam dan swasta mampu membangunkan industri pelancongan negara."Dengan cara ini, kita dapat mempromosikan keunikan budaya negara kepada pelancong."Pelbagai persembahan menarik disajikan seperti Persembahan Tarin Zapin, Festival Muzik KL 2012, Super Dancers 2012, Festival Muzik Indie KL dan Persembahan Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia," katanya semasa merasmikan festival itu di Istana Budaya di sini malam tadi.Festival KL 2012 dianjurkan bersama oleh KPKK, Kementerian Pelancongan serta Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Urusetia KLFest di talian 03-2052 3605 atau melayari laman sesawang www.klfestival.org.my.

Akhbar: 
Kosmo!
Publish date: 
Sunday, July 1, 2012